our sponsor

Followers

Saturday, May 10, 2014

Penumpang Terberak Dalam Bas, Penumpang Lain Hampir Pengsan

Nak tergelak pun ada, kesian pun ada. Namun nak buat macam mana dah benda nak terjadi. Benda ni bukan boleh main-main kalau memang dah terkena kan. Ini berkaitan dengan perkongsian seorang penumpang bas ekspres menerusi akaun Facebooknya.

Johan A. Delvo yang menaiki bas ekspres berkongsi pengalamannya dan para penumpang bas tersebut yang terpaksa berhenti di Pekan Ranau, Sabah kerana salah seorang daripada mereka ‘terbuang’ air besar dalam perjalanan. Ia sekaligus mencetuskan bau busuk sehingga semua mereka keluar daripada bas tersebut kerana tidak tahan dengan bau berkenaan selain untuk mendapatkan udara segar.

Menerusi ruangan komen, dia memberitahu mungkin penumpang tersebut kurang sihat sehingga tidak sengaja ‘melepas’ dalam seluarnya.

(Sumber: CARI.COM.MY)

No comments:

Related Posts with Thumbnails