our sponsor

Followers

Monday, June 30, 2014

Kisah Bersahur dan Bedilan Imsak

Done sahur. Bukan menunjuk/riak beribadat, tapi memang dah setel sahur pun! Saya teringat waktu imsak kat kampung dulu sebab selalunya bila masuk waktu imsak, bedil akan dibunyikan. Dua adik perempuan saya yang comel masih dok mengunyah, makanan masih kat mulut (kami memang bersahur lambat sebab nak tunggu si comel dua orang ni bangun satu hal, dgn perangai tak nak bangunnya...), jadi bila dengar bedilan imsak tu tak semena-mena dua adik saya ni menangis sebab masih makan dan tak sempat nak berkumur. Bonda terpaksa memujuk mereka yang puasa mereka belum terbatal sebab waktu puasa sebenar ialah mulai subuh. Abis nak buat camne, dah terbiasa bila masuk waktu imsak kami semua dah siap-siap berenti makan walaupun kalau nak diikutkan ada lagi waktu sedikit. Rindunya berpuasa di kampung.

Wednesday, June 25, 2014

Maya Marin ketiak busuk? Tidak sekali!

Ada yang google ke page saya mencari "maya karin ketiak busuk". Moga ia dihentikan kerana ianya fitnah dan mengaibkan buat Maya Karin yg menyokong Jerman. MAYA KARIN BUKANLAH SEPERTI HANIS ZALIKHA! Ketiak Maya wangi sebab dia pakai deodorant dan deodorant Rexona bukannya mahal sangat pun! Tolonglah yang menggoogle ni carilah kerja yg berfaedah sikit!

Ini gambar terbaru Maya Karin semasa perlancaran filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah yang berlangsung di Redbox Karaoke, Kompleks SOGO petang tadi di mana turut dilancarkan Muzik Video dan Kad Raya 'Lagenda Budak Setan3'. Filem ini juga bakal dibintangi oleh Farid Kamil dan juga Bront Palarae. Turut dilancarkan ialah lagu dari filem Lagenda Budak Setan 3 nyanyian Yuna. LBS3 bakal ditayangkan di pawagam selepas Hari Raya Puasa tahun ini terbitan Astro Shaw, Tarantella Pictures dan GSC Movies.

Imejan awal filem MAD MAX: FURY ROAD lakonan Tom Hardy

Imejan terawal dari filem keempat Mad Max: Fury Road lakonan Tom Hardy dan Charlize Theron (turut dibantu oleh Nicholas Hoult, Zoë Kravitz, Abbey Lee, Riley Keough, Hugh Keays-Byrne, Nathan Jones dan Rosie Huntington-Whiteley).

Sebelum seluruh internet melemparkan cercaan yang Hollywood semakin tumpul idea dengan reboot filem lama (ini filem Australia sebenarnya) dan membenci filem ini sebelum ia keluar, perlu dijelaskan yang ini bukanlah reboot. Ianya sekuel. Yang tertangguh lama.

Pembikin filem George Miller hanya menyusun semula, recast pelakon, ia masih dibuat oleh orang yang sama ... ia akan menjadi hebat. Ini bukan reboot kerana Mad Max kali ini tidak ditetapkan di era post apokalips Road Warrior. Mad Max ialah filem balas dendam. Dengan imej ini, Max sudah mempunyai pendakap lutut jadi ini nampak seperti sekuel kepada Thunderdome.

Bakal rilis 15 Mei 2015 melalui Warner Bros.

ULASAN trailer filem TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES (2014)

Okay, saya tidak lihat kenapa semua perlu benci. Pasti penyu kelihatan sedikit berbeza. Tetapi banyak orang berkata pakaian mereka lebih baik?..... Apa?!?! Penyu2 ini kelihatan seperti mereka boleh menendang punggung anda! Ia buat penyu ini SEBENARNYA tampak kuat dan hebat ... seperti mereka harus, TIDAK suka mereka mahu menjadi kawan dan memeluk anda, anda seperti orang-orang pakaian bodoh daripada orang-orang tua. Dan setiap daripada mereka mempunyai sifat-sifat mereka sendiri, fizikal yang menetapkan setiap daripada mereka lain dari yg lain. Saya suka! Kelihatan seperti mereka masih mempunyai humor penyu di dalamnya, dan akan menyimpannya mesra walaupun dengan Megan Fox! Will Arnet akan rock sebagai Vern .. selepas menonton semua kartun lama dan menjadi peminat yang kukuh sejak saya berusia 4 tahun, dia yang saya selalu membayangkan bermain peranan. Adakah anda semua melihat yang mereka harus bermain penyu? Mereka benar-benar kelihatan seperti mereka adalah penyu ... seperti, jasad daripada mereka adalah sempurna. Dan William Fichtner sebagai Shredder? Freaking BRILLIANT! Saya suka beliau sebagai Butch Cavendish dalam Lone Ranger... seorang lelaki yang buruk yang besar! Dia pasti membunuh! Dan saya tidak tahu betapa benarnya .. tetapi terdapat khabar angin / spoiler yg mengatakan Shredder yang kita lihat dalam gambar / trailer ini adalah sebuah robot (Super Shredder, yang, jika anda ingat dari TMNT 2 itu, yang satu ini kelihatan sangat serupa dengan yg ini!) Dan akhirnya barulah Shredder tampil dengan pakaian yang biasa. Tetapi saya tidak pasti bagaimana suara Splinter akan nanti ... Tony Shalhoub nampak macam tidak sesuai, tetapi kita akan lihat nanti. Kelihatan visual Splinter sangat tepat. Benar-benar penyayang tetapi dgn nada gelap / grittier. Kita akhirnya dapat melihat penyu seperti yang sepatutnya. Secara keseluruhan, sebagai peminat penyu sejak saya kecil, saya teruja kali ini. Dan untuk lebih jelas tentang Michael Bay: DIA BUKAN PENGARAH! Dan walaupun dia ada, filem itu sentiasa menghiburkan dan padat aksi. Chill ... ini akan memuaskan semua peminat.

Trailer: http://www.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=dwXFsrp6WBs

Foto: Paramount / United International Pictures Malaysia

Tuesday, June 24, 2014

Ulasan filem TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION

Selesai menonton TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION tadi in glorious IMAX 3D, thanks to UIP Malaysia for its first ever media screening of T4:AOE in Malaysia at TGV Cinemas.

Spoiler free review: Movie is just silly but at least i can tolerare Imagine Dragons. And a welcome triumphant return of Frank Welker as Megatron in the form of Galvatron. Boleh di rumuskan TF4 sebagai Days of Future Past bagi siri filem Transformers (jangan excited sangat..... ia masih dalam standard filem Transformers yang pernah anda tonton).

Namun begitu apabila anda berusaha keras untuk meletakkan banyak unsur dan membangunkan terlalu banyak perkara ke dalam filem ... hasilnya anda mendapat Transformers: AOE. Dinobots adalah kemuncak filem kerana ramai peminat berharap untuk melihat mereka, namun watak-watak ini tidak dibentuk dengan sebaik-baiknya. Sudahlah sedikit, tanpa dialog, Grimlock hanyalah haiwan tunggangan Optimus Prime semata-mata. Yup, insiden Soundwave dalan ROTF berulang semula.

MICHAEL BAY. SUDAH TIBA MASANYA UNTUK ANDA TINGGALKAN TRANSFORMERS DAN SERAHKANNYA KEPADA WES ANDERSON.

Nota sebesar kuman: Walaubagaimanapun, TF4 : AOE merupakan filem yang harus ditonton dengan paparan Imax 3D untuk aksi dan kesan khasnya. 2 jam 40 minit tidak terasa seneraka Lord of the Rings, sejujurnya.

2 more days to TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION, opens 26 June!

Visit Facebook: www.facebook.com/uipmalaysia and website: www.uip.com.my

Monday, June 23, 2014

T-shirt KOTE, JANTAN dan PELACUR dari Joe Flizzow yang menerima cercaan.

KEGAMPANGAN BERLAKU...

"Kote as in "kote baru" atau "Moh kite minang anok dare. Anok dare, anok dare kote." Kote = urban. Jantan kote is a statement yg Joe ialah lelaki urban. Kenapa yg bagus2 mengomen macam bagus ni nampak benda yg tak bagus? What's in your head? Zombie?"

"Ada lagi satu design dia yang tulis pelacur tu kan ? So apa yang demaksudkan dengan kote , jantan & pelacur , cuba jelas kan ,, @blitzenius"

"@pridelabelclothing show me the pelacur one and i will come up with Z Lokman reference."

Sunday, June 22, 2014

[FILEM] DELIVER US FROM EVIL arahan Scott Derrickson (di pawagam 3 Julai 2014)

“There are two types of evil in this life: secondary evil, the evil that men do. And primary evil, which is something else entirely.”

Sudah lama menunggu Eric Bana muncul semula ala Hulk, well not really. Ini lebih menggerunkan.

Sinopsis: Deliver Us from Evil is the story of Ralph Sarchie, a New York cop who meets a Castilian/Hungarian renegade priest, Mendoza, when he is pulled into a case which the priest convinces him, against the officer's religious beliefs, is demonic related. Together, they work to solve the case and combat the paranormal forces working against them.

Trailer: http://www.youtube.com/watch?v=2RR42oZX3-U

Dari pengarah filem Sinister, Deliver Us From Evil akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 3 Julai 2014. Layari laman Facebook Sony Pictures Malaysia untuk peluang memenangi t-shirt dan cenderahati eksklusif.

Saturday, June 21, 2014

IN 4 DAYS! TRANSFORMERS: AGE OF EXTINCTION. IN MALAYSIA CINEMAS 26 JUNE.

Transformers: Age of Extinction" is the fourth film in director Michael Bay global blockbuster franchise. Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Li Bingbing, Kelsey Grammer, Sophia Myles, T. J. Miller, Nicola Peltz, Jack Reynor and Titus Welliver star. The film begins after an epic battle that left a great city torn, but with the world saved. As humanity picks up the pieces, a shadowy group reveals itself in an attempt to control the direction of history while an ancient, powerful new menace sets Earth in its crosshairs. With help from a new cast of humans, Optimus Prime (voiced by Peter Cullen) and the Autobots rise to meet their most fearsome challenge yet. In an incredible adventure, they are swept up in a war of good and evil, ultimately leading to a climactic battle across the world.

Website: www.TransformersMovie.com

Trailer: http://m.youtube.com/watch?v=XHr0XgNxgs8

Image from United International Pictures Malaysia

Poster filem pilihan: AS ABOVE, SO BELOW (2014)

Filem kategori 'found-footage horror' arahan John Erick Dowdle (pengarah filem Quarantine dan Devil) ini menjadi filem pertama studio Legendary Pictures yang berkerjasama dengan Universal Pictures yang membawa kita ke kota Paris dan misteri di sebalik kota cinta ini (atau di bawah tanahnya) dengan mengambil lokasi Catacombes de Paris yang merupakan kubur bawah tanah di mana himpunan jutaan tengkorak dan rangka tulang manusia membentuk hiasan ruang muzium ini yang telah dibuka sejak tahun 1810. Ambil pula plot-plot Blair Witch apabila sepasukan pengkaji cuba merungkai misteri tinggalan yang bersejarah ini dan lepas tu apa yang anda tahu, ia berakhir dengan sesuatu yang amat menakutkan.

Bakal ditayangkan Ogos 2014 ini melalui United International Pictures Malaysia.

Laman web rasmi: http:://AsAboveSoBelowmovie.com

Trailer: http://www.youtube.com/watch?v=83PpryYHHeY

[Ulasan album] BLACK SABBATH - 13

BLACK SABBATH
Album : 13
Label : Vertigo / Universal Music
Tahun : 2013
Rating: 4

Ada sebab kenapa saya kurang sikit nak mendengar album-album solo Ozzy Osbourne sejak akhir-akhir ini. Bukan sebab ianya tak bagus, tapi sebab album-album tu tak ada Tony Iommi, Bill Ward dan Geezer Butler. Cuba anda bayangkan album ini sebagai album solo Ozzy tetapi bila anda dengar saja riff gitar untuk trek pertama "End of the Beginning", anda tahu ianya Black Sabbath. Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan. Dalam komuniti muzik metal sendiri, ramai yang mempersoalkan akan rasionalnya gabungan semula line-up asal Black Sabbath ini (malangnya, tanpa Bill Ward) menghasilkan album kerana dalam fikiran mereka band metal dengan nama besar seperti Metallica, Megadeth atau Judas Priest (mereka lupa tentang Iron Maiden agaknya...) bila menghasilkan album baru, ianya tidak sekuat album-album ketika mereka berada di kemuncak kreativiti lalu konsert mereka banyak bergantung harap pada lagu-lagu lama yang memang sudah maklum kekal dalam ingatan pendengar. Black Sabbath kesnya berbeza. Mereka seperti bom jangka yang menunggu masa untuk memberikan sebuah album yang terbaik sejak 1978 (kita anggap Black Sabbath era Dio sebagai versi yang berbeza). Tony Iommi banyak melalui formasi yang pelbagai dengan masih menggunakan nama Black Sabbath tetapi memang ada terasa yang dia menghasilkan lagu-lagu yang hanya sesuai dinyanyikan oleh Ozzy lalu bahan ini disimpan dan akhirnya anda dapat dengar melalui 13. Kita memang kenal nama Rick Rubin sebagai penerbit album tetapi di dalam album ini fungsi Rick saya lihat lebih kepada membentuk suasana yang selesa bagi band dalam merakam album dan tidak menetapkan halatuju muzikal bagi Black Sabbath (kecuali kenyataannya betapa album pertama Black Sabbath punya pengaruh blues dan jazz kerana hakikatnya metal ketika itu masih dalam pembikinan lalu dia mahu membawa semula semangat ini dalam permainan Black Sabbath) lalu Black Sabbath cuba membawa semangat sebagaimana empat album yang terawal. 13 takkan jadi seklasik empat album pertama Sabbath tetapi dengan trek seperti "End of the Beginning" dan "God Is Dead?", sekurang-kurangnya Sabbath yang anda kenali dengan bunyi doom bass Geezer dan keberatan riff gitar Iommi telah kembali semula. Dengan kata lain, tiada yang dapat memainkan metal setepat mereka biarpun genre ini telah berevolusi dengan kepelbagaian subgenre yang timbul hari ini. Cuma pilihan pemain dram yang menggantikan Bill Ward iaitu Brad Wilk (Audioslave, Rage Against The Machine) pada saya masih bukan yang terbaik dan amat berharap kalau Black Sabbath dapat meninjau wilayah metal New Orleans yang masih memainkan muzik metal bagaikan ianya di tahun seperti 1970'an dan menemuinya pada pemain dram Eyehategod, Joey LaCaze, sebagai contoh supaya saya dapat menghayati trek-trek seperti "Age of Reason", "Live Forever" dan "Damaged Soul" yang sememangnya seperti klasik Black Sabbath. Ramai yang tahu nama Black Sabbath itu sebagai pioneer heavy metal tetapi tidak begitu tau kenapa mereka dianggap sebagai pengaruh besar muzik metal itu sendiri dan album ini boleh jadi ulangkaji semula bagi anda.

[Ulasan oleh NAZRI AHMADEUS]

[MOVIE ADDICT] Ulasan filem CEO (2014) lakonan: Beto Kusyairi, Remy Ishak, Cristina Suzanne

"...tu lah, orang tua tak nak dengar cakap orang muda. Tu sebab jadi pak guard. Salah sistem..." - Aloy 

Arahan Razaisyam Rashid
Skrip: Nazri M. Annuar
Lakonan: Beto Kusyairi, Remy Ishak, Cristina Suzanne, Deanna Yusoff.
Genre : Drama

Sinopsis: CEO mengisahkan dua lelaki dari dua latarbelakang yang berbeza. Namun, satu insiden telah menyebabkan hidup mereka berubah 360 darjah.

Ulasan secara kolektif dari group Facebook MOVIE ADDICT

Rosemini Mohd Zin: Dah nonton malam tadi. Banyak punchline yg buat saya tergelak sorang2 sampai hari ni. fun.

Saat Omar: Beto kelakar jugaklah dalam filem ni.

Abdul Qadir: Beto dan quotes2 lah dua terbaik. And Deanna memang bonus. Vovin (Nazri M. Annuar) punya wit memang masih seronok.

Ahmad Blitzenius Nazri: Kena tengok sebab mengenali penulisnya yg sealiran apabila berbicara tentang X-Men Days of Future Past hari tu.

Ajami Hashim: nah! http://www.rotikaya.com/filem-minggu-ini-ceo/

Azwar Rico: Aku dah tengok filem ni .. aku gelak sampai terberak dalam seluar! Mamat yang berlakon jadi Aloy tu, BIG UPS!

Rosemini Mohd Zin: Anas Ridzuan (sebagai Aloy)... dia berlakon macam tak berlakon. natural.

And last but not least, a B-side: ulasan dari rakan yg bukan ahli grup dan ia kontra dgn ulasan yg lain:

Lynn (Twitter @phazleeanna ):  Perasaannya tak sampai. Seperti ada ruang kecil di sana sini yang boleh dimolekkan lagi dengan sedikit itu ini. Ya, ini tentang filem hmm.. Jujurnya, tak rugi pun terlepas filem ini, hehehehe. Perasaan lepas halfway cerita is nak keluar cinema and pergi lepak Kinokuniya hahahaha!

Genghis Tron : Terlalu Playstation buat generasi Nintendo

Sukar untuk membayangkan genre muzik band ini. Jika ingin dibandingkan muzik Genghis Tron dengan muzik 'Nintendocore' dari Horse The Band, muzik mereka sebenarnya terlalu Playstation edisi ke 2. Pada awalnya mungkin mereka kerap dicop sebagai band 'cybergrind' (terma muzik dari acuan grindcore bersama elemen elektronik dan synth) sejak 2004 tapi berevolusi dengan penambahan elemen IDM, power noise, doom, industrial dan juga ambient. Penggunaan keyboard yang ketara dalam muzik ekstrim mereka juga membayangkan daerah dystopian yang diterokai mereka.

Band three-piece ini dianggotai Mookie Singerman (vokal & keyboard) , Michael Sochynsky (keyboard &  drum programming) dan Hamilton Jordan (gitar & drum programming), tanpa bantuan pemain bass atau dram, sebaliknya bunyi dram mereka dibentuk dari program seperti FL Studio dan Ableton Live.Ketiga-tiga graduasi Kolej Vassar dan berasal dari Poughkeepsie, New York mengakui mereka agak 'nerd' di sebalik kebisingan muzik mereka. Tanpa melihat imej mereka (jangan lupa juga, kaca mata bingkai tebal...), anda mungkin tersalah tafsir yang Mookie ini agak gelap personalitinya dek kerana vokal 'monster'nya.

Inspirasi mereka datang dari pelbagai arah tapi yang pasti Botch, Aphex Twin dan Nine Inch Nails ialah antara yang kerap disebut. Bermula dengan sebuah demo berjudul Laser Bitch pada tahun 2004, ia membawa kepada 3 EP di bawah label bebas Crucial Blast iaitu Cloak Of Love (2005), Cape Of Hate (2006) dan Triple Black Diamond (2007).
  
Album penuh pertama mereka, Dead Mountain Mouth dirakam pada tahun 2006, juga di bawah label Crucial Blast bersama pemain gitar Converge, Kurt Ballou sebagai penerbit. Secara dasarnya, Dead Mountain Mouth mengambil tema 'pivotal' seperti disconnectedness, disharmony, dan non-fecundity yang dirujuk dari puisi karya  TS Eliot, 'The Waste Land'. Album ini mendapat ulasan positif dari pengkritik, seterusnya mereka dilihat sebagai unit yang serius dalam berkarya. Selepas tour yang ekstensif bersama Behold... The Arctopus, Converge, Kylesa, Gaza dan The Dillinger Escape Plan, mereka memasuki studio sekali lagi bersama Kurt Ballou di Godcity Studio antara 29 Ogos hingga 21 September 2007 . Kali ini mereka sepakat untuk rakaman sebuah album bersama label Relapse Records, label dengan rilisan impresif seperti Dillinger Escape Plan, Mastodon dan Baroness.
  
Board Up The House, album penuh kedua mereka akhirnya dikeluarkan pada 19 Februari 2008 dengan struktur dan gaya penulisan yang dipertingkatkan dan bunyian synth yang lebih epik disamping bantuan vokal oleh Greg Puciato (The Dillinger Escape Plan) dalam trek "The Feast". Mereka kini sibuk dengan tour untuk album ini, tetapi masih punya masa untuk bowling... di pusat bowling yang memainkan album pertama Metallica sebagai muzik latar.

Amy Search memaki hamun p****** di laman sosial anaknya, Nabila Huda

Setenang-tenang Amy Search, jangan disangka tak boleh meletup. Selama ni legenda Rock tanah air itu cuma menggunakan media untuk bercakap mengenai kontroversi....

KUALA LUMPUR: Mungkin tahap kesabaran bapa kepada Nabila Huda iaitu rockers Amy Search tidak dapat ditahan lagi apabila dia dilihat telah memberikan komen pada salah satu foto yang dinaikkan anaknya pada pagi Jumaat.

Menerusi foto yang dikomen Amy jelas menunjukkan perasaan marahnya apabila perkataan kesat seperti p*k*** dan b**i telah dikeluarkan.

Komen Amy adalah sekadar mengigatkan Nabila kerana anaknya itu dilihat semakin galak memuatnaik foto percutiannya bersama kekasih di luar negara itu setiap saat.

Selain memberi ingatan kepada anaknya Amy turut meluahkan rasa tidak berkenan kepada sikap kekasih Nabila.

Ini antara komen Amy Search yang merupakan pemilik akaun @akuamysearch di Instagram:

Foto tersebut menunjukkan Abil dan kekasihnya berdiri di sebuah titi atau jambatan berhampiran laut, mereka saling mengadap, namun wajah kedua-dua mereka tidak didedahkan.Foto dan komen Amy itu turut mendapat reaksi daripada pengikutnya di Instagram apabila memberikan komen-komen berunsur nasihat.Mungkin terkesan dengan komen yang ditulis Amy, Nabila telah menegur perbuatan bapanya itu menerusi laman Twitter.

SUMBER: Astro Gempak

Monday, June 16, 2014

Full streaming album baru MASTODON - Once More 'Round The Sun

Album terbaru MASTODON yang bertajuk Once More 'Round The Sun telah mula diperdengarkan secara penuh di l"aman iTunes:
http://search.itunes.apple.com/WebObjects/MZContentLink.woa/wa/link?path=mastodon&at=10l6Xd&ct=1se6mbo3ehb86

Album terbitan Nick Raskulinecz di bawah edaran Reprise/Warner Music ini akan mula beredar pada 24 Jun 2014.

Di bawah ialah senarai penuh lagu-lagu:
01. Tread Lightly
02. The Motherload
03. High Road
04. Once More 'Round The Sun
05. Chimes At Midnight
06. Asleep In The Deep
07. Feast Your Eyes
08. Aunt Lisa
09. Ember City
10. Halloween
11. Diamond In The Witch House (menampilkan Scott Kelly dari NEUROSIS)

[Movie Addict] Close-Up oleh Abbas Kiarostami

In one breath : Filem yang amat original dan bijak. Filem ini mengabungkan fiction dan fakta dengan bergaya sekali.Lakonan semula sebuah kisah benar tentang seorang lelaki yang menipu sebuah keluarga dengan menyamar sebagai pengarah Iran terkenal Mohsen Makhmalbaf (pengarah ini memang wujud).

Akhirnya pecah tembelang dan dia didakwa, Dan filem ini digaul dengan rakaman sebenar perbicaraan mahkamah dan keadaan selepas itu yang dirakam oleh Abbas Kiarostami dan ia berubah menjadi seperti dokumentari pula.

Highly Recommended.

Dan sebagai umpan untuk menimbulkan benih rasa ingin menonton filem ini, untukpengetahuan anda, filem ini tersenarai dalam 50 filem terhebat sepanjang zamanmenurut British Film Institute.

Teks: Mohamad Firman untuk Movie Addict Facebook Group

[Movie Addict] Heat (1995) by Michael Mann

Anyone watched this classic movie? Strong perfomances from Al Pacino and Robet de Niro but not masterpiece. It still one of the best crime movie. The drama, and complex characters are great, with the movie showing us both sides of the law and crime.

Pacino and Deniro are my most fav actors, their perfomance really boost the story and two sides of law and crime, especially at the coffee scene but still story isn't trying hard enough to be Shakespeare line, why I say it's not a masterpiece because of the ending, de Niro just drop and run, the ending force the good guy Pacino wins the movie, if he ran away, it would be more cliche and exciting..but still its not BAD, its really great I would rate this movie 9.5 out of 10,best movie in 90's , really recommend it.

Teks: Sarah De Rosales untuk Movie Addict Facebook Group

THE TRANSITIONS TOUR | THE OBSERVATORY (SINGAPORE) + MOE (NORWAY) | 19 JUNE 2014 AT FREE SPACE @ KAKISENI

In the wake of a stirring transformation, The Observatory deliver more of their divine mélange of taut rhythms, evocative tones and spectral shards of a deep, searing sound. Sheer and primordial, Transitions becomes The Observatory’s voyage mirroring modernity as she struggles towards transcendence. From the depths of our irate existence, we purge and crawl.

Visiting Asia for the first time, Norwegian band known for their legendary live sets, MoE delivers viscereal, explosive performances. MoE is made up of Joakim Heibo Johansen,one of the most volatile and crushingly hard drummers, ripping it up with forceful exultations by female bassist cum vocalist Guro Skumsnes Moe and imaginative noise/no-wave oriented guitar work by Havard Skaset.

Free Space @ Kakiseni
L1 – 35 & 36, Level 1,
SStwo Mall,
40 Jalan SS 2/72
Petaling Jaya,
46300 Selangor, Malaysia
http://freespace.kakiseni.com/
RM35 (Advance)
RM45 (At the door)

Event page: https://www.facebook.com/events/1391478231140041?aref=22&refid=17

Reaksi Pak Yusof Gajah Terhadap Penjual Tudung Online, Terutama Tudung Fareeda. Memang Priceless!

Yusof Gajah: "Kerana ramai yang hantar ke FB saya jualan tudung,  saya nak cuba pakai tudung. Kalau menyampah hentikan promosi jualan tudung tu."

Sunday, June 15, 2014

[MOVIE ADDICT] The Music Never Stopped

Sangat menarik untuk di tonton tapi bagi aku cerita ni agak berat tentang Gabriel hilang ingatan sebab ada tumor kat kepala dia, cuma muzik je yang boleh buat dia ingat perkara-perkara lepas. Jadi bapa dia cuba untuk minat muzik yang si Gabriel ni minat. Filem ni berlatarkan sekitar tahun 60'an , zaman-zaman hippies.

imdb rating : 7.0/10
aku punya rating : 7.5/10

Cerita ni lebih kepada kekeluargaan dan bagaimana muzik boleh digunakan untuk perubatan/terapi dalam penyakit hilang ingatan. Bagi aku , aku seronok layan movie ni walaupun ianya agak berat dan ending cerita ni sangat sedih dan berjaya buat aku rasa kesedihan itu.

Teks: Alif MyLfc untuk Movie Addict Facebook Group

Ulasan terawal telemovie 'SALOMA' (arahan Melissa Saila) dari U-Wei Bin Haji Saari

Dipetik dari profil Facebook U-Wei:

"...Sebuah supertele movie bertajuk 'Saloma' berdasarkan hidup beliau di terajui oleh tim suami isteri Saila Melissa dan Megat Fauzi Md Isa telah siap. Lis mengarah, Megat menulis dan menerbit. Kus semangat syabas dan tahniah dengan hasil membanggakan. Ini pertama kali eksklusif kisah Saloma dibuat utk kaca tivi. Memang patut dulu pun dan memang patut Lis buat pun. Saya berpeluang menonton 2 episod (disatukan). Salut saya kepada lis dan megat dan semua terlibat. Pemain watak Tompel akan mencuri guruh sikit. Dan juga utk mengingati beliau tiba masanya Pos Malaysia mengada sampul surat hari pertama biduanita agung Saloma selepas P Ramlee pada 24 August 1999 dulu."

[MOVIE ADDICT] THE TOWN (2010) arahan Ben AfflecK

As he plans his next job, a longtime thief tries to balance his feelings for a bank manager connected to one of his earlier heists, as well as the FBI agent looking to bring him and his crew down.

IMDB Rating : 7.7/10
Rotten Tomatoes : 94%

Filem ala Inside Man cuma bezanya tak sebijak macam cerita Inside Man. Bagi aku ok lah utk dilayan dan tak rugi.

Ceritanya berkisarkan tentang plot rompakan. Aku punya rating : 7/10

p/s : filem ni arahan Ben Affleck , patutlah dia heronya. Haha.

Teks: Alif MyLfc untuk Movie Addict Facebook Group

[MOVIE ADDICT] RED (2010) arahan Robert Schwentke

Storyline: When his idyllic life is threatened by a high-tech assassin, former black-ops agent Frank Moses reassembles his old team in a last ditch effort to survive.

Rating (IMDB) : 7.1/10

--------------------------------------------

Serius aku kecewa tengok filem ni. Jalan ceritanya terlalu mudah dan membosankan (aku siap pergi buat air). Aksinya bolehlah... aku punya rating : 4/10

p/s : tak pastilah kalau bagi korang filem ni best.

Teks: Alif MyLfc untuk Movie Addict Facebook Group

Nota: RED asalnya dari novel grafik tulisan Warren Ellis (penulis yang mengilhamkan storyline filem Iron Man 3, tolak The Mandarin) tapi dah berubah tona dari serius kepada komedi. Karya Warren Ellis yg aku rasa patut dikonsider ke layar ialah Transmetropolitan dan Planetary. Dan juga The Authority. ~ BLITZENIUS

Kes Ketupat Palas Basi di R&R Tapah

Hari ini semasa saya dalam perjalanan balik ke Seri Iskandar dari KL saya singgahdi R&R Tapah untuk solat. Di R&R tersebut ada sebuah stall yang menjual lemang. Saya membeli sebatang lemang (RM15), 10 butir ketupat daun palas (RM10) dan rendang tok (RM10). Saya mahu makan di rumah jadi saya bungkus semuanya. Transaksi berlaku lebih kurang jam 440pm pada 15 Jun 2014.

Sampai saja di rumah kami sekeluarga terus menjamu selera. Alangkah malangnya kerana 4 butir dari ketupat palas itu telah basi. Saya baru teringat dan perasan, semasa penjual tersebut mengambil ketupat palas tadi, dia mengambil separuh dari satu sudut dan separuh lagi dari satu sudut yang lain. Sangkaan saya ialah, beliau mencampurkan yang lama dan yang baru.Mencampurkan yang telah basi dengan yang baik.

Oleh kerana rumah saya dan R&R Tapah adalah jauh (lebih kurang sejam perjalanan), saya tidak dapat mengembalikan ketupat palas yang basi tadi.

Saya ingin menasihatkan konsumer semua supaya berhati-hati dengan stall yang menjual lemang ini. Apabila membeli pastikan makanan yang dibeli adalah baru dan tidak basi terutama apabila anda membelinya untuk makan di rumah. Sangkaan saya ialah stall lemang ini adalah franchise dan terdapat di banyak R&R.

Janganlah memberi alasan bahawa yang menjual tidak tahu ianya telah basi. Jika penjual tidak tahu, siapa yang nak diharapkan supaya tahu?

Amatlah mengecewakan dalam keadaan kita sekarang kelam kabut dengan halal haram makanan yang dijual, penjual MUSLIM juga tidak kurang buruknya. Mereka mengambil kesempatan menjual makanan yang buruk kepada kita. Kepercayaan kita sebagai pembeli Muslim dipermainkan. Kualiti dan intergriti dalam muamalah diperlakukan seperti tiada nilai dosa dan pahala dalam agama.Semoga peristiwa ini menjadi iktibar kepada kita untuk menjadi peniaga yang lebih berintergriti, bermaruah dan berkualiti. Pembeli juga tidak boleh percaya 100% kepada peniaga, walaupun dia beragama Islam. Pengusaha juga perlu mengambil tindakan kepada peniaga sebegini.

Yang Kecewa,
Dr Ibrisam Akbar,
Seri Iskandar, Perak.

--------------------------------------

Lanjutan dari kisah ketupat daun palas basi...

Saya telah call PLUSline dan seorang pegawai bernama Aida telah mengambil aduan saya. Beliau berkata akan menghantar seseorang untuk buat semakan terhadap kiosk tersebut.

Lebih kurang sejam kemudian, Aida menelefon kembali dan dia telah buat semakan. Malangnya, komplen saya terhadap ketupat daun palas disalaherti kepada lemang. Beliau berkata bahawa lemang yang ada di kiosk tersebut telah diganti dengan yang baru ketika orang PLUS datang buat semakan. Saya katakan kembali bahawa masalahnya pada ketupat daun palas bukannya lemang. Beliau bertanya samada saya mahukan kekalkan aduan dan saya menjawab, ya. Dia mahu memberi no telefon peniaga tersebut tetapi saya minta peniaga itu menelefon saya.

Tidak lama kemudian, peniaga itu menelefon saya. Dia memperkenalkan diri sebagai supervisor kiosk tersebut (bukan budak yang menjual pada petang tadi). Dia katakan selama ini lemang yang dijual sentiasa dalam keadaan baik. Lebih dari itu dia katakan saya yang memilih lemang dengan pilihan saya sendiri. Saya jawab, bukan pada lemang tetapi pada KETUPAT DAUN PALAS. Dia tergamam.

Saya katakan, ketika mengambil ketupat daun palas tadi, si budak yang memilih, dan dia pilih sebahagian dari kelompok lain dari sebahagian dari kelompok yang lain.

Beliau meminta maaf dan offer ganti rugi. Beliau minta saya ambil gantirugi di Ipoh (yang terdekat) atau di R&R. Saya katakan gantirugi itu bukan penting, yang penting kualiti makanan tidak dijaga. Dia merayu untuk tarik balik aduan, saya katakan tidak supaya ini akan menjadikan beliau lebih prihatin terhadap kualiti. Dia katakan selama ini tiada masalah dan ketupat daun palas yang dihantar adalah dari orang lain dan kiosk hanya merebus. Saya katakan itu bukan masalah saya, dan atas sebab aduan ini beliau patut memarahi vendor yang hantar ketupat daun palas tersebut. Dan selepas ini beliau patut jaga kualiti dengan lebih baik lagi. Dia merayu sekali lagi, saya katakan tidak.

Terima kasih kepada PLUS kerana mengambil serius terhadap aduan saya. Kepada kiosk ketupat, rendang tok dan ketupat daun palas tersebut, semoga ini menjadi pengajaran kepada anda supaya lebih menjaga kepercayaan pembeli yang membeli dengan prasangka baik dan juga dapat menjaga intergriti dan kualiti makananyang dijual di masa akan datang.

Ini bukan membuka aib sesama Muslim, INI ADALAH ADUAN/KOMPLEN.

Yang benar,
Dr Ibrisam Akbar,
Seri Iskandar, Perak.

[MOVIE ADDICT] American Beauty (2000) by Sam Mendes‪

#‎BapaDalamFilem‬: antara character bapa yg 'looser' dalam filem, Lester Burnham (Kevin Spacey) mungkin paling diingati.

TEKS: Abdul Qadir untuk Movie Addict‪ Facebook Group

#‎SelamatHariBapa

[MOVIE ADDICT] The Namesake (2006) by Mira Nair

‪#‎BapaDalamFilem‬: "Kamu masih muda! keluarlah lihat dunia, kamu pasti takkan menyesalinya..." - kata-kata dari 'stranger' yang duduk di sebelahnya beberapa saat sebelum keretapi yang dinaiki mereka mengalami kemalangan membuatkan Ashoke Ganguli (Irfaan Khan) nekad keluar mengembara. Kemudian setelah beberapa tahun bermastautin New York, dia mendapati agak sukar untuk menerap dan mengekalkan nilai-nilai tradisi masyarakat Benggali untuk anak-anaknya yang membesar di persekitaran bumi asing.

TEKS: Abdul Qadir untuk ‎Movie Addict Facebook Group

#‎SelamatHariBapa

[MOVIE ADDICT] Life Is Beautiful (1997)

#BapaDalamFilem : Mengenang sosok bapa dalam filem, saya tidak boleh tidak ingat pada sosok Guido lakonan Roberto Benigni dalam Life Is Beautiful (1997). Bagaimana Guido bukan saja seorang bapa yang mahu melindungi anaknya, tapi beliau pergi lebih jauh sehingga mencipta pembohongan demi pembohongon yang tidak masuk akal semata-mata untuk memberi harapan kepada anak beliau betapa dunia ini serba indah, walau dalam tempat yang se-neraka kem Holocaust sekalipun.

Gabungan watak Guido yang slapstik dan ironi dengan latar dan mood filem (walaupun tidak sekejam filem-filem Holocaust lain) ditambah tindakan beliau pada pengakhiran (dan anak Guido iaitu Joshua yang comel) seakan 'ninja potong bawang' yang melampau pada saya.

Ya, Guido adalah sosok bapa terbaik dalam filem pada saya.

TEKS: Hamidi Zakaria untuk Movie Addict Facebook Group

[LAWAK] Ramalan juara Piala Dunia oleh Raja Bomoh

A Korean asked Raja Bomoh. .
When will Korea win the World cup?
Raja Bomoh answered:
100 years.
The Korean cried, thinking he won’t be alive to see the moment.
Then a Japanese asked the Raja Bomoh.
When will Japan win the World cup?
Raja Bomoh answered:
200 years.
The Japanese cried, thinking he won’t be alive to see the moment.
Then a Malaysian asked the
Raja Bomoh,
When will Malaysia win the World cup?
Raja Bomoh cried.

[GAMBAR] Uqasha Senrose Kini Bertudung Tetapi Seksi Diraba


Ini gambar Uqasha Senrose.


Ini pula diraba...

You see, UQASHA SENROSE + DIRABA = UQASHA SENROSE DIRABA

Saturday, June 14, 2014

[MOVIE ADDICT] VERTIGO (1958), Dir. Alfred Hitchcock

★★★★★★★☆☆☆ 7/10

Masterpiece yang disanjung. Selain dari rungkaian misteri peristiwa di menara itu, dan babak-babak awal Scottie menyiasat Magdeliene yang sungguh engaging.. Filem ini terasa terlalu panjang. Dan selepas itu semuanya tentang permainan emosi hinggalah penamat.

- Nominasi Outstanding Directorial Achievement, Directors Guild of America 1959
- #66 dalam senarai imdb.com Top 125 films
- Dimasukkan dalam National Film Registry,National Film Preservation, USA 1989

TEKS: Adlan Harith untuk Movie Addict Facebook Group

[MOVIE ADDICT] Millenium Mambo oleh Hou Hsiao Hsien

In one breath : Beautifully shot film. Slow pace and kinda draggy at times but still worth a look . you might be hypnotized.

Starring: SHU Qi, Jack Kao, Chun-hao Tuan, Yi-Hsuan Chen.

TEKS: Mohamad Firman untuk Movie Addict Facebook Group

[MOVIE ADDICT] Vibrator oleh Ryuchi Hiroki

Tentang seorang wanita sepi yang bertegur sapa dengan seorang pemandu lori di sebuah mini market.

Dan dia mengambil keputusan untuk mengikut pemandu lori itu ke destinasinya. Interesting road trip film about desire and self discovery.

Teks: Mohamad Firman untuk Movie Addict Facebook Group

[MOVIE ADDICT] Cuban Fury (2014)

Nick Frost can Salsa!!!

It's a very fun movie about Salsa Dance and trying to woo the woman of your dream. Very delightful soundtrack and colorful too. Nick Frost sure can handle himself to be a leading man without being Simon Pegg's sidekick. It's one of those enjoyable movie to watch on a Friday night.

Rating: 7/10*

Teks: Fitri Sahari untuk Movie Addict Facebook Group

[MOVIE ADDICT] Linda Linda Linda (リンダ リンダ リンダ)

Filem: Linda Linda Linda (リンダ リンダ リンダ) 2005
Arahan: Nobuhiro Yamashita
Pelakon: Doona Bae,香椎由宇 (Yu Kashii), Aki Maeda

Sinopsis: 4 gadis senior mengisi dunia keremajaan mereka, menubuhkan band baru dan berlatih untuk bermain"gig" bersempena Pesta Budaya di sekolah. (sengaja diringkaskan sebab nak menampakkan betapa simple premis filem ini).

Filem ini sebenarnya amat ringkas dan bersahaja. Hampir tidak memberikan apa makna mahupun jalan cerita. Tapi di sebaliknya filem ini mengangkat tema "keremajaan harus diisi dengan bermakna". Digarap dengan begitu halus dan begitu"Jepun" (?) sekali.Di Jepun terdapat satu genre yang digelar "seishun eiga" ataupun dalam terjemahan ringkasnya : Filem Remaja.

Linda Linda Linda mungkin bukan contoh terbaik dari genre ini akan tetapi memperlihatkan dengan jelas budaya media di Jepun yang mengangkat tema "mengisi keremajaan" sebagai satu fasa penting dalam pembangunan kemanusiaan.

Lakonan Bae Doona (Sympathy for Mr. Vengeance) yang sungguh menarik sekali sebagai pelajar pertukaran dari Korea, mencuri perhatian dari watak-watak utama yang lain, Aki Maeda (Battle Royale), Kashii Yu (Lorelei) dan Shiori Sekine (bassist Base Ball Bear). Muzik OST yang begitu mellow dari James Iha (Smashing Pumpkins) serta persembahan vokal yang memukau dari Yukawa Shione 湯川潮音. Juga diiringi cover lagu-lagu popular dari ブルーハーツ / THE BLUE HEARTS.

Teks: Izwan Rahman untuk Movie Addict Facebook Group

[MOVIE ADDICT] Riding Alone for Thousands of Miles (2005) by Zhang Yimou

‪#‎BapaDalamFilem‬: Semenjak kematian isteri, hubungan Gouichi Takata dengan satu-satu anak tunggalnya punah. Setelah mengetahui si anak menghadapi kanser hati peringkat akhir, Takata si nelayan yang berusia lebih 70 tahun itu nekad untuk menyempurnakan impian si anak yang belum tercapai. Lalu dia meninggalkan Jepun menuju ke daerah pergunungan terpencil di Yunnan China untuk merakam persembahan Li Jiamin, seorang penggiat kesenian Nuo Opera yg sebenarnya telah dipenjara.

Teks: Abdul Qadir untuk Movie Addict Facebook Group

====================

countdown ‪# ‎Selamat Hari Bapa

[MOVIE ADDICT] Ulasan filem HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 2

I've just seen How to Train Your Dragon 2. Not sure I'll write a proper review soon, my hands are full with other stuffI love the fact that it's a family movie. Although Hiccup and his friends have grown up and--as expected--crushes and kisses are obvious, they are just side dish served as humor material.

The plot is first about Hiccup's finding his true calling, second about how dragons and humans should co-exist. You may think that's also the case with the first installment, but trust me the sequel will touch you in a different way.

Make sure you watch it in 3D for a satisfying ride. (I watched it in 2D and now am longing to see it again... in 3D.)

Teks: Melody Violine untuk Movie Addict Facebook Group

[MOVIE ADDICT] Sacrifice (2010) by Chen Kaige

‪#‎BapaDalamFilem‬: Apabila Tu'An Gu (Wang Xieqi) bertindak menghapuskanseluruh keluarga Zhao, Lady Zhuang (Fan Bing Bing) menyerahkan bayinyaB kepada Tabib Cheng Ying (Ge You) untuk dilarikan. Dalam satu situasi yang rumit, si tabib berjaya menyelamatkan bayi waris tunggal keturunan Zhou itu namun terpaksa membayar dengan kehilangan nyawa isteri dan bayi kandungnya sendiri. Didorong rasa benci dan dendam, tabib Cheng nekad untuk membesarkan waris Zhou, rencananya bila dah besar si anak akan membalas hutang darah, namun setelah 15 tahun menjadi 'bapa', dia mendapati dirinya buntu di persimpangan...samada mahu memilih dendam atau kasih sayang.

Teks: Abdul Qadir untuk Movie Addict Facebook Group

====================

countdown ‪# ‎Selamat Hari Bapa‬

PREVIEW NOVEL : IKAN PAUS DALAM KULIT ALBUM BAND PROG METAL BERNAMA MASTODON ITU SUAMI AKU

SEPARA SEKUEL KEPADA NOVEL TERLAJAK LARI "PLAYBOY ITU SUAMI AKU (TETAPI RUPANYA ANAK IKAN DATIN GHAIRA)" tulisan Prof Emeritus Akira Toriyama

BAB 1

"Suami aku peminat muzik bergenre metal yang tegar (jenis jangan mana-mana penerbit novel indie samada telah lama bertapak atau melompat ke dalam bandwagon cuba nak acah-acah dengan pengetahuan metal yang dangkal. Kelak buruk padahnya. Jangan cuba nak goda dengan band pop indo macam Cokelat. Dia benci. Megaboys? Nak makan kaki ke?)."

-

Akan terbit selepas raya ini. RM10 termasuk pos.
Email ke blitzenius@gmail.com utk preorder.

Peminat Tudung Fareeda Mengamuk panggil Mawar Beruk dan Fizo Bingai

PEMINAT TEGAR TUDUNG FAREEDA MENGAMUK SAMPAI PANGGIL MAWAR BERUK DAN FIZO BINGAI GARA-GARA TIDAK PUAS HATI BERKAMPUNG DEPAN KEDAI TIDAK BERBALOI SAMPAI SANGGUP DOAKAN ANAK CUCU MEREKA AKAN MENJADI PENGEMIS TIDUR DI KAKI LIMA SEPERTI MEREKA LALUI UNTUK MENDAPATKAN NOMBOR GILIRAN.

payah nak komen pasal tudung fareeda ni. sebab takkan terkomennya komen aku. cuma bagi aku, kan bagus kau tidur kat kaki lima kedai sebab nak rasa keadaan susah orang yang tak berumah, tiada keluarga/kena buang keluarga dan macam2 lagi. tapi kalau kau tidur kat kaki lima sebab glamour tudung je, memang tak terkomennya komen aku ni.

aku rasakan, kalau la benar2 tokey tudung ni concern pasal pelanggan2 tegarnya, dari dia biarkan pelanggan semua tu bergelimpangan tidur entah mana anak mana laki, kan elok kau buat pre sale kau apa benda tu dalam tempat tertutup. dalam dewan sebagai contoh, so they all nak tidur dalam tu pi lantak deme la.

Akhir kata: KAT DUNIA NI ADA TUDUNG FAREEDA AJE KE,WAHAI MAKCIK SALINA ABU ZAR YANG BAHALOL??!!

Thursday, June 12, 2014

Chef Wan Dimaki Nataza Mohd dan Rakyat Kelantan Angkara Budu dipanggil Bangkai

Nataza Mohd : Aiii meto teh....Tok Wan Nasi Sup : Nok kiro lagu mano rakyat jelato ore lni hino makene kito....kasi langar ko...huhu
Oo Ja : Ore mulut juih gini memang mulut huduh,busuk lebih pado bangkai .peace yo
Panglima Gua Musang : Sajo nak cari pasal ni ja..
Lokman Alias : Isap kokpek tino tu kali baru tak haram
Nataza Mohd‪ : #‎manvespa83‬
Kino Angah : Bare pondey meme kecek tak guno otok
Syahrul Izwan : Hahaha.... Isteri sepatutnya pegang 'barang' tok laki dio,baru ore cayo,kalu pege ubat tak jadi..
Wan Noraisyah : cuoh budu ale mulut bleh segelen baru bangkai molep. hahaa
Panglima Gua Musang : Tubo ng budu kemah Wan Noraisyah.....
Wan Noraisyah : honla... santapan sebelah tu pun kemah molep jugok tu. huhuhu
Waher Ali : Kasi sula la mat
Mohd Hanis Mohamed : haram mung haram.. takdop mana2 ulama dan hadis menyatakan budu dan cencalok haram... tuh !! kopek besembor atah muko tengok tak haram..??
Syana Ismailudin : dok leh layan mno ore gini ni.. Sabar Mohd Hanis Mohamed...
Mc Tie MasterKidz : Kenapa budu dan cencalok bangkai.... ada hukum ko ..cencalok dgn udang.. budu buat dgn ike... kena sembelih dulu ko... fatwa gapo gitu... aduhai.. sesat... dia vegetarian kut.. Maksud bangkai tu Mc Tie MasterKidz... reti masak jh tu...

Monday, June 9, 2014

BUKU KOLEKSI ROTTW : TUMBOK RUSOK JILID 1 (2005-2008)

BUKU KOLEKSI ROTTW: TUMBOK RUSOK JILID 1 (2005-2008)
35 TOPIK 208 MUKASURAT
CETAKAN PERTAMA: 500 NASKHAH SAHAJA!

HARGA BIASA: RM25.00 (SEMENANJUNG), RM30.00 (SABAH DAN SARAWAK) TAMBAH KOS POS: RM5

HARGA PROMOSI RM25 TERMASUK POS DENGAN MEMBELI TERUS DARI FACEBOOK ROTTW http://www.facebook.com/rottwmag ATAU
PM FACEBOOK Rom Mohd Nor.

PEMBAYARAN MELALUI AKAUN MAYBANK 1625-5309-4626 (NOREHAN BT MD NOR).

Sunday, June 1, 2014

[ULASAN FILEM] GODZILLA (2014)

Mengisahkan seekor kucing raksasa yang sangat manja dan suka menolong manusia. Pada satu hari 2 ekor anjing liar telah mengganas dan mengganggu orang kampung. Godzilla tidak puas hati bila anjing itu telah membuatkan nyawa penduduk kampung tidak selamat dan suasana kampung menjadi huru-hara. 

Beliau telah mengambil keputusan untuk membantu penduduk kampung menghapuskan dua ekor anjing gila itu.

Pada awalnya penduduk kampung tidak setuju kerana bagi mereka godzilla hanya seekor kucing yang comel. Mana mungkin beliau dapat menewaskan anjing2 yg ganas itu. Setelah berhempas pulas 2 hari 2 malam tanpa rehat, akhirnya Godzilla berjaya mengalahkan anjing liar tersebut. Mati mereka semua ditangan Godzilla. Penduduk kampung akur dengan kehebatan godzilla. Mereka akhirnya mengakui walaupun Godzilla seekor kucing yang manja dan comel, tapi daya juang dan keikhlasannya dalam membantu penduduk kampung telah berjaya menyelamatkan kampung mereka dari rosak binasa. Dengan itu penduduk sepakat untuk menjadikan Godzilla maskot kampung mereka dan mereka berjanji akan menjaga Godzilla secara bergilir-gilir. Godzilla terharu.  

Namun beliau tidak mengharapkan apa2 balasan dari org kampung. Cuma beliau sedikit terkilan dgn penerimaan awal penduduk kampung yg memandang sinis dengan keikhlasan beliau untuk menolong. Akhirnya beliau ambil keputusan membawa diri lalu terjun ke dalam laut untuk mencari ketenangan.

My rating: 6.5/10

Ulasan oleh NOR AZAM SEMAN ( grup Movie Addicts)

Kenapa Twilight dibenci, filem dan buku dan ikan paus di muka depan kulit album Mastodon bercorak prog metal itu bukan suami playboymu.

Aku dah perasan lama dah buku Twilight, tak tau isinya tapi tau ianya popular. I came across the movie only when the advert for the soundtrack keluar dalam majalah Alternative Press yg selalu aku baca yg aku tau dah championed Paramore as 'the band we loved' before its mainstream exposure. And of course, things changed a lot ever since. Twilight aku lihat agak ringan, bukan utk aku lah senang cakap. It's not supposed to be hated tapi ia terlebih hype oleh media arus perdana sampai aku naik menyampah. Dan sekarang media gunakan modal lain macam Hunger Games. Studio filem lain mahukan formula ini utk pump duit dan utk beberapa ketika korang akan lihat novel remaja ala Twilight ini yg cuba diangkat studio sbg mesin duit, kalau tidak utk menyaingi Twilight. It's a vicious cycle. Kalaupun aku remaja, mungkin aku pilih cerita lain. Something like The Crow. But then, im more of a comic book guy.

Filem dan novel ialah 2 medium berbeza. naratif penceritaan juga berbeza. selalunya we simplify things in movie, ini juga berlaku pada komik yg adakalanya membuang sasteranya. sebagai contoh komik X-Men : God Loves, Man Kills yg sebenarnya metafora kepada kuasa manusia yg memusnahkan, menghapuskan manusia lain yg punya kelebihan daripada mereka dari segi kecerdasan berfikir, bimbang yg lain akan menentang mereka. Ia perlambangan dunia dalam peperangan yg memadamkan rasa kasih sayang sesama manusia. Tapi kalau jadi filem, selalunya penonton tak nampak mesej subliminal ini.

Aku hanya menegur gadis2 di Facebook, Tagged,...bukan di alam realiti. tak layak aku digelar playboy. dia kata ini cuma fantasi fatamorganaku. aku cuma ingin.... have fun.

[ULASAN FILEM] X-MEN: DAYS OF FUTURE PAST

Arahan: Bryan Singer
Pengedar: 20th Century Fox (Malaysia)

Di #xmen #daysoffuturepast  press screening pagi tadi dengan Nor Azam dan Casey (blogger Casey Movie Mania) utk sesi show off tak berkala group Facebook Movie Addict. Yang perlu saya nyatakan, X-Men tu sendiri dah jadi seperate entity yg tak perlu digabungkan dgn mana universe Marvel Cinematic. It always been a serious stuff from the very beginning that seperate itself from the convention of superhero comic  book movies. And heck, X-Men: Days of Future Past even surpassed The Avengers, 8 tiang jauhnya, dari segala segi. Termasuklah bab Quicksilver yg dikutuk kostumnya sebelum filemnya. Kadang2 terlupa sedang menonton filem Bryan Singer kerana dia seringkali tersalah langkah dalam beberapa  filem yg gagal sebelum ini. Dia bernasib baik dgn DOFP kerana tapaknya dah ada, cuma perlu memperkukuhkannya.

Rating: 9.5 out of 10. Filem ini bukan utk rempit.

Poster filem: MONDO

[TRAILER FILEM] LUCY (lakonan Scarlett Johansson)

(a.k.a KALAU BLACK WIDOW DARI THE AVENGERS PUNYA FILEM SOLONYA SENDIRI)

Tarikh rilis: 25 Julai, 2014
Studio: Universal Pictures
Pengarah: Luc Besson
Lakonlayar: Luc Besson
Lakonan: Scarlett Johansson,  Morgan Freeman
Genre: Aksi, Thriller
Laman web: Lucymovie.com
Pengedar: UIP Malaysia

TRAILER: https://www.youtube.com/watch?v=MVt32qoyhi0

From "La Femme Nikita" and "The Professional" to "The Fifth Element," writer/director Luc Besson has created some of the toughest, most memorable female action heroes in cinematic history. Now, Besson directs Scarlett Johansson in "Lucy," an action-thriller that tracks a woman accidentally caught in a dark deal who turns the tables on her captors and transforms into a merciless warrior evolved beyond human logic.

Related Posts with Thumbnails