our sponsor

Followers

Thursday, July 31, 2014

[KONSERT] You Me At Six - LIVE at KL Live @ Life Centre, Malaysia

Join The Swarm and rock out with other Sixers on 2nd September as Livescape Group is proud to present award-winning British rock band, You Me At Six, LIVE at KL Live @ Life Centre!‪

#‎YMASLiveInKL

‬---------

Online tickets: http://bit.ly/YMASticketpro

List of physical outlets: http://bit.ly/YMASoutlets

You Me at Six are a British rock band from Weybridge, Surrey. Formed in 2004, the group rose to fame in 2008 with the success of their debut album,Take Off Your Colours, which included the singles "Save It for the Bedroom", "Finders Keepers" and "Kiss and Tell", with the latter two peaking at No. 33 and No. 42 respectively in the official UK Singles Chart. The band's main influences include American rock bands Blink-182, Incubus and Thrice.

[VIDEO] Sabina Altynbekova, sensasi baru bola tampar viral Kazakhstan

Sabina Altynbekova, pemain pasukan bola tampar remaja kebangsaan Kazakhstan yang berusia 17 tahun menjadi sensasi Internet dan video perlawanannya juga menjadi viral. Sabina dikatakan terlalu cantik untuk menjadi pemain bola tampar.‪ Akibatnya, dia dicemburui rakan sepasukan. Hati kecil abang cuma boleh berkata, "BORAT!"

Rempit Raya Terengganu : annual bangang dan sungguh mem'pala-bapok-mung'kan

Nothing new. Same old shit every year.

Sebenarnya sudah bertahun-tahun kegiatan seperti ini berlaku di Kuala Terengganu. Paling ketara setiap hujung minggu, ketika lewat petang atau tengah malam buta di merata ceruk termasuk jalan kampung seperti di kawasan Tok Molor. Pihak berkuasa dan kerajaan negeri sendiri nampaknya sudah tidak mampu nak membenteras kegiatan ini. Mungkin sudah 'buntu' barangkali.. Last sekali apa yang pihak berkaitan boleh buat ialah mengumpulkan mereka dalam satu majlis kemudian membahagi-bahagikan topi keledar dan jaket 1 Malaysia...

Menurut Sang Bahri, "Hok ni lah yang saya maksudkan. Dalam 100 meter je dari rumah saya. Lokasi ni betul-betul di jalan utama berhadapan masjid lama DB. Setan-setan rempit dan supporter mereka ni memang buta hati dan akal. Orang nok lalu nok gi solat nok keje buat apapun tak boleh. Saya pernah dengan hanya kayu sepotong, heret hambat balik diorang ni. Bayangkan saya sebatang tubuh kering ni 3, 4 kali pernoh dok amuk ratusan, ribuan haiwan-haiwan lior ni sekor diri! Kalau diorang pakat katok (pukul) saya balik pun boleh maut saya. Tapi Alhamdulillah, segerak rasa saya Allah izinkan dan diorang lari. Pasal diorang tahu diorang salah!! Tapi dok ROK lah saya untuk buat kerja gitu sokmo. Letih Tom bila seluruh jiwaraga dan tenaga diolah, dipusatkan menjadi gerak terhadap kebencian tersebut. Apa lagi bila ramainya manusia yang ada hanya kaget terkagum menonton adegan percuma sahaja daripada turut membantu. Di sini bukan niat nok riok besor diri tunjuk gagoh berani atau betapa bahaya tindakan gila saya boleh jadi tapi bila tahap sabar dah hilang dicabar dan orang ramai juga tak mampu bersatu, INI satu orang melayu bodo jugak bole kasi gerak! Maksud saya di sini, kalau ramai yang bersama pakat-pakat dengan tegasnya menghalang perkara mungkar ni lama doh selesai fenomena ni. SOALNYA NOK DENGAN TAKMBOH, BERSUNGGUH ATAU TIDAKNYA SAHAJA UNTUK KITA CEGAH....MEMIKIRKAN DAN MENANGANINYA.... MANA PERGI JKK, PIHAK-PIHAK AUTHORITY DAN BAPOK-BAPOK HEBAT YANG LAIN LAGI??? ..... Bukan sekadar tahu, tengok...... dan hanya hambat ceh-ceh-ceh sahaja."

Yus Jambu (Raja Lawak) adalah punk dan metalhead sebenarnya

Dulu selalu nampak dia pakai tshirt Slayer sama System Of A Down masa Maharaja Lawak. Dia dulu layan black metal. Dia ni otai thrash kat Perlis, kawan aku classmate dia! Tak silap dia ada band. Dia memang metalhead.

Apabila penyanyi Yuna menjadi Tuna sardin

Jauh tu Y dengan T....

Anyway, Yuna akan membuat persembahan di siri Twilight Concert, Santa Monica Pierto.

Wednesday, July 30, 2014

[ULASAN FILEM] Guardians of the Galaxy

RATING ? 100% FRESH! Saya suka filem ini, lebih-lebih lagi Chris Pratt dan trick walkmannya.

Part paling best? Post credit introducing HOWARD THE DUCK! (Ya, penonton di Malaysia antara yang terawal menontonnya.) It make sense kerana ia berada dalam universe Marvel yang sama yg memperkenalkan Rocket Raccoon. Baru perasan since dua-dua Howard dan Donald Duck bawah satu company Marvel/Disney, they would appear alongside next. Kebarangkalian kalau Howard The Duck yang zaman 80's ramai yang beli download/dvd lepas ni, it will get greenlit for a new full lenght movie.

Di bawah ialah gambar Howard the Duck yang sempat discreencapture. GUARDIANS OF THE GALAXY telahpun ditayang di Malaysia edaran Disney/Marvel Malaysia mulai 30 Julai 2014.

---------------------------------------------



[GALERI] Membabikan Fanpage Facebook Cadbury versi Melayu tipikal, penuh hasad dengki dan tiada pancaran sinar keindahan Islam... #01

Entry ini didedikasikan buat mereka yang gemar membabikan page Cadbury dan tidak pandai klik 'unlike'. Menggampangkan.

Rashid Amirdin: babi

[VIDEO] Nelydia Senrose dalam Bibik I Artis, Selamat Hari Jadi ke 20

Sedang Abang OHBLOGLAGI lepak-lepak di hari raya ketiga di kampung, ada telemovie raya Bibik I Artis. Best jugak terutama part Nelydia Senrose cakap Kelantan. Kalah Neelofa. Memang hebat method acting Nelydia, macam Daniel Day Lewis. Boleh tonton secara online di www.tonton.com.my/livetv Hari ini juga hari jadi Nelydia yang ke 20. Stay comey Nely, geram abang tengok awak, nak pinch!

Tuesday, July 29, 2014

Laman Facebook IDF (Israel Defense Forces) digodam dengan mesej yang sungguh baham tanoh

They will launch rocket at you using FB too, KilyowaRobert Taano Wa Kabaka.

Lagu Raya Maya Karin, "Pulang"

Maya Karin sudah pun memiliki sebuah lagu raya berjudul 'Pulang' yang telah dirakamkan pada tahun lalu. Dah dengar malam tadi.  Tak sedap la. Maafkan abang Mayaku cayang, you're born not to be a singer.

[FOTO] Perkahwinan Remy Ishak dan Siti Saleha, gambar persandingan

Mereka menjamu tetamu dengan hidangan Ketupat Rendang Keju sempena hari raya. Entah apa-apa punya hidangan. Tau la anak mat salih. Nak cheese cheese. Ramai orang nak kawin hari raya. Apekebendeeee?

Gagal mengarah, Yana Samsudin kini meniaga biskut raya

Ikut suka kaulah Yana kau nak buat apa asal tak melanggar hukum syarak.

P/s: gagal mengarah tu 4 tahun lepas punya cerita but still...

Mohd Hafifi Mansor menang pingat emas angkat berat Sukan Komanwel 2014 Glasgow

Mengharumkan nama negara! Mohd Hafifi Mansor jadi penyumbang emas pertama Malaysia dia Commonwealth Games. Asyik-asyik Lee Chong Wei bosan juga.

Monday, July 28, 2014

Abby Abadi Sekejap Berniqab. Sekejap Tidak. Bakal Bukukan Hikmat Cakaran dan Kening Abby Jadi Igauan

Dikritik kerana tidak serius dan main-main, kata Abby Abadi atau panggilan mesranya, Bakyah dia masih belajar. Pasal kening dia tu, apa kata korang Private Message/Whatsapp/Wechat/serang rumah dia secara peribadi daripada menggunakan ruang komen page gosip bangang sebangang otak korang, bukannya dia baca pun.

Abby turut akan bukukan Hikmat Cakaran Arbayah buat semua peminatnya.

Abang OHBLOGLAGI! teringat ketika sekolah dulu kalau nampak wanita berniqab, kami memanggilnya Ninja!

Kemalangan hari raya di tol Smart TAG yang bodoh dan menggampangkan

Confirm pemandu bangang yang pakai lesen kopi.

Rozita Che Wan pakai 10 pasang baju raya sempena Syawal 2014

Dia pakai duit korang ke beli baju tu yang korang menggelupor sangat tu?

Sunday, July 27, 2014

Komplen BurgerByte Bandar Tasik Sri Permaisuri

Bukan msalah tak sedap, cuma service time IFTAR dia kurang. Saya IFTAR kat situ sorang-sorang. Saya oder 6:30 petang. Sampai jam 8:15 malam tak sampai makanan. Saya pergi ke kaunter, diorang boleh cakap tak sedar. Kalau ikut hati dah blah tapi sebab bayar dulu kan. Maaf la saya customer and nak komplen pasal itu jer. Kita berpuasa kan, at least tahu time bila nak serve makanan.

Saturday, July 26, 2014

[EKSKLUSIF] Foto pertama filem Blackhat (asalnya Cyber) lakonan Chris Hemsworth (Thor) yang dibuat di Pelabuhan Klang, Malaysia

Foto menunjukkan Chris Hemsworth mendengar petikan kata-kata dari pengarah, Michael Mann ketika penggambaran filem Blackhat (asalnya Cyber). Cerita tentang hacking, America dan China. Yang pertama buat Mann sejak kali terakhir mengarah Public Enemies. Eksklusif dari #SDCC.

[FOTO] WONDER WOMAN (lakonan Miss Israel, Gal Gadot) dari filem arahan Zack Snyder. Khas dari #SDCC. Mungkin akan diboikot? #savegaza

Dari set filem BATMAN V SUPERMAN : DAWN OF JUSTICE. BAKAL TAYANG TAHUN HADAPAN.

Anak yatim ditipu majlis buka puasa dari Gombak ke JB

Rombongan anak yatim yang sepatutnya untuk majlis berbuka sempena Ramadan kena tipu. Datang jauh-jauh dari Gombak.Sampai-sampai, apa pun tak ada. Hotel Berjaya Waterfront JB bagaimanapun bermurah hati dan sanggup memberi bilik, menjamu makan, malah membayar tambang bas anak-anak yatim ini pulang ke rumah anak yatim mereka.

--------------------------------------------

[SHARE] Empat Langkah Mudah Untuk Menceriakan Anak-Anak Yatim Raya Ini

Friday, July 25, 2014

[KELAB BLOGGER] Blogger perempuan popular (plus point: cantik)

Apakah populariti seseorang blogger tu akan memberi kesan pada blognya ?

Dikatakan blogger perempuan lebih mudah popular berbanding lelaki. Apa pendapat korang ?

Ada benarnya. Macam Hanis Zalikha (yang kini terjun dalam bidang lakonan walaupun berlakon macam kayu pacak tengkuk pontianak). Saya tak suka baca blog dia sebab semuanya iklan yang tak beri manfaat pada saya. Saya suka tengok gambar dalam blog dia je. Kata stalker Hanis Zalikha, sebelum blog dia penuh dengan iklan macam Cadbury longgok tu, blog dia santai dan best dibaca. Kadang-kadang cerita pasal ex-boyfriend dia. Cantik pun kena tinggal, kesian...

Macam Cik Epal. Baru-baru ni dia kahwin. Lagilah bapak bosan lalu saya removekan dari list, saya doakan popularitinya merudum agar dia mula realistik dengan kerja menjala ikan. Blogger wanita popular senang dijadikan 'pelaris' oleh pengiklan macam masa musim Piala Dunia. Blogger perempuan ni pun ceritalah pasal bola tapi satu benda pun tak boleh pakai. Harap popular je. Baik baca blog Lucius Maximus atau Pipiyapong. Kelakar yet precise.

Kata blogger yang tak famous, tak best dan tiada jati diri, Man Kilang: "Aku ni kalau blog kita pun rasa tak berapa best, tak berani kutuk blog orang lain tak best."

Dia macam penonton filem juga. Ko boleh kata filem best tak best walaupun kau bukan pembikin filem dan kau tau kalau kau bikin filem, memang jahanam. Tapi jangan jadi macam Ahmad Idham, pada dia kalau ko tak buat filem, ko tak layak nak kritik filem dia. Tu yang filem dia makin sampah dan tersempit.

Kata Man Kilang lagi: "Sebab tu aku cakap, kalau blog aku pun tak berapa best. Aku tak berani komen blog orang lain tak best. Kalau pembaca blog, boleh la komen blogger mana tak best, hehe. Sebab tu takde pengarah filem yang komen filem orang lain tak best." Itu masalah kau Man Kilang sebab blog boleh digunakan sebagai ruang untuk mengkritik, so use it. Populariti tak mencerminkan kualiti. Ada blogger bajet famous tapi hancur isinya dan mahu bangkitkan soal blogger popular kerana dalam Malaysia, dialah yang popular, dia fikir popular tu dah kira ada kualiti dan menidakkan blog yang tidak popular tapi berkualiti isunya, sedangkan tak tahu mentaliti orang Malaysia ni macam mana. Tengok je lah Beautifulnara, blog popular menjual gosip yang digemari tapi kandungannya seperti meminta kaki.

Kata Man Jepun pula : "Yerp populariti main banyak peranan.  Kalau tak popular dan hidden in the shadow macam aku ni hampeh lambat orang nak masuk. Haha. Ibarat kata "hang sapa aku nak follow hang"? "Apa faedah aku dapat'? Tapi sekarang sebab generasi "mohon share" everything jadi sangat complicated. Terlalu complicated. Banyak dah research pasal Gen Y punya perangai dan sikit punya pelik. Belum lagi masuk Gen X (kaum evan's, hudson's, semua tue). Rasa menyesal aku tak habis lagi sebab masa tahun 2010 di mana orang baru sikit-sikit nak kenal Facebook, blog dan sebagainya tak all out untuk blogging dan berhenti terus blogging. Kalau start dari zaman tu dan terus consistent sekarang tapak dah jadik kukuh dah." Well, itupun masalah kau, sebab kau nak cari populariti tapi kau tak gigih menulis sebab bukan passion kau pun. Kau tu wannabe je.

Jejari Runcing popular kerana dia menumpang populariti Khairul Fahmi. Orang baca blog dia (biasanya wartawan gosip) sebab nak korek kisah cinta diorang. Orang kita memang dasar penyibuk. Tapi sejujurnya blog dia membosakan. Dia bukan Roger Ebert atau Justin Bennet atau Peter Travis atau Lestert Bangs atau Saniboey Ismail yang mana ditunggu-tunggu jika ada album atau filem yang baru keluar untuk dibaca ulasannya. Kalian suka follow sesetengah blog kerana secara harifiahnya kalian ialah stalker in a closet.

Kata Man Blogger Popular: "Jangan asyik kritik blog orang je. Blog sendiri terlepas pandang. Mungkin kita rasa tak best sebab tak jumpa yang kita nak tapi orang lain sebaliknya. Dalam status ni,berikan pendapat anda saja tanpa kaitkan mana-mana blogger apatah lagi nak mengkritik mereka seolah kita mengikuti blog mereka sejak dari awal lagi." Well,kenapa tidak? Kita ditanya tentang blogger popular, kita kritik yang popular, cantik dan gebu ni. Janganlah kerana blogger popular ini terdiri daripada rakan-rakan anda maka anda menidakkan suara kami untuk mengkritik mereka jika ia memang kena kat batang hidung mereka. Lu pun dah macam Ahmad Idham, bro! And you know what, you're not even from school of journalism to fully understand why there is a thing called a critic. Sama macam Ahmad Idham.

Celah Man Kilang: "OK lagi la blog perempuan yang hang kutuk tu cerita peribadi, tulisan asli dari blog amik entri dari surat khabar..hahaha ops terkutuk." Well itu pendapat saya pada blog orang lain, ie: blogger perempuan popular. Nak tambah lagi: blogger perempuan popular cantik. Kerana topik itu yang dibincangkan. Blog saya tak masuk kategori itu pun. It's a place for dump. Yup, that's what OHBLOGLAGI from the very beginning: it's not a job, never was a hype machine nor a money making machine - unlike you guys. It's a photocopy machine, a tool, an exercise, it's not serious. Because everybody is copier or fax machine. Blogger perempuan popular tu original? Dah berjuta orang cerita pasal peribadi macam diari, bro. You're not even there when underground kids make this nifty little thing called zine. And yet you wanna talk about being original or asli? That's bullshit.

And, really, that's my idea of 'so-called' blog. Cant blame me. You guys invented it. Kritik lah macam mana pun, it's there. Already there.

Sambung Man Blogger Popular: "Kadang-kadang kena berdunia realiti dengan blogger. Baru tau kenapa blogger tu mampu bertahan lama dan popular. Bukan sebab ' rupa ' saja. Tapi rupa dan fizikal adalah passport untuk dikenali dengan pantas. Selepas itu pengikut akan baca penulisannya setiap hari. Bila entrinya dah tak menarik hatinya ,dia akan pergi. Hak pembaca. Sebaiknya elak dosa dalam entri kita. Ada yang tak kisah bab tu asal blognya ada pengunjung."

Itu kerana anda telah tetapkan idea blog itu sebagai sekian-sekian. I'm not following your route. Saya tak kisah pasal pengunjung pun, it's just about me, me, and me pada mulanya tapi adakalanya ada pengunjung yang tersesat ke blog saya mencari 'dosa' sedang blog saya tiada perkara-perkara sebegitu. Lalu saya hasilkan entry pseudo sekian-sekian dengan mesej 'kau takkan jumpa apa yang kau cari, baliklah ke pangkal jalan'. Pada saya, kalau dah blogger perempuan tu nak popular, itu sebab dah memang orang nak kat dia. Kita tak boleh menidakkannya. Tapi kritik tetap kekal sebagai kritik. Apabila saya kata ada blogger perempuan yang popular cerita Piala Dunia tapi takde isi, tidak pula saya kata "masuklah blog saya untuk cerita pasal bola", tapi saya cadangkan masuklah blog yang sesuai bercerita tentang perkara tersebut. Get my drift?

Eddie Vedder (Pearl Jam) dikecam kerana protes perang #SaveGaza

"Imagine That -- I'm Still Anti-War" -status Facebook Eddie Vedder dan juga tajuk suratnya menyatakan pendirian anti perangya yang boleh dibaca di http://pearljam.com/news/0/1/22387/imagine_that_--_i%E2%80%99m_still_anti-war

Melagukan baris lirik lagu anti perang dendangan John Lennon, "Imagine", niat suci murni vokalis kumpulan Pearl Jam, Eddie Vedder untuk melihat sebuah dunia yang aman tanpa persengketaan dan pertumpahan darah dikecam oleh pelampau yang menyokong gerakan kerajaan Israel Zonist Laknatullah yang menyerang Gaza sejak awal Ramadhan lalu. Kecaman itu samada dibuat melalui laman jaringan sosial Facebook milik Eddie, Pearl Jam dan juga di Twitter. Semoga bumi Palestine dipertahankan dan penduduknya dibela. Moga syaitan bertubuh manusia ini mendapat pembalasan yang sewajarnya di hari muka nanti.

Turut menyokong gesaan anti perang ini ialah pemain bass Nirvana, Krist Novoselic. Biarpun pro Israel, dia menyatakan bantahannya terhadap serangan Israel ke atas Gaza itu yang boleh dibaca diblognya http://kristnovoselic.blogspot.com/2014/07/standing-with-eddie-vedder-and-real.html

Selfie Azwan Ali di depan kaabah ketika umrah

Ikhlas dan tawadukkah dia?

"AKU DAH 7 KALI UMRAH, KO HADO????"

Thursday, July 24, 2014

Promosi 'SAVE GAZA': Atlit basikal Azizulhasni dikenakan tindakan disiplin walau mara ke separuh akhir Sukan Komanwel

Seriously, "mereka" di Malaysia ni kalau cerita tentang kebebasan bersuara, merekalah champion. Tapi bila kita praktikkan pilihan kita menyokong apa yang kita pilih, mereka pulak yang kuat menganjing. Sungguh aku tak faham manusia-manusia poyo macam ni. Go find another issue to play with, bud, because your life has reached its limit. You are not intelligent, you just have internet connection.

[FOTO] Batman Batffleck #75 yang dimuat naik Zack Snyder. Serius, garang, bad mood, makan orang, Daredevil warna hitam

Dari set filem BATMAN V SUPERMAN : DAWN OF JUSTICE. BAKAL TAYANG TAHUN HADAPAN.

Elfira Loy ingin beraya di LOMBOK. Kenapa? Adakah sudah terpikat pada Mat Lombok Buruh Kontrak?

Menurut Facebook Invest in Lombok: 'Lombok has surpassed Bali to be Indo's No. 1 Tourist Destination. Own a 5* Hotel fr USD30K."

Selama ini orang tak pandang Lombok. Walaupun dah 3 kali pergi banyak tempat menarik belum habis dilawati. Dikenali sebagai pulau seribu masjid. Masjid dibina hasil derma penduduk sendiri terutamanya yang merantau berkerja di Ladang Malaysia.

Patut la...

PERKASA buat kutipan derma untuk bantu Kiki Kamaruddin Steering Lock sebab kena tolong Melayu, macamlah dia tu OKU atau anak yatim yang dah tak boleh buat kerja. BODOH!

Saya ni, hutang belajar tak abis bayar, demi nusa dan bangsa, PERKASA nak tolong kutip derma ke? Phuii! Suruh Kiki jual la Peugeot dia tu!! Pakai Kancil je, boleh gerak gi mana-mana. Dia pun beli cash, tak suka hutang! Palui!!

Resolusi penukaran Baju Melayu dari Jakel yang kualitinya macam pasar malam. Jangan hina pasar malam. Pasar malam pun dah guna Visa tau!

Mula-mula heboh sebab ada baju melayu jenama Jakel yang boleh ditemui di pasar malam yang dikatakan tiruan. Popular hanya kerana berdutakan Aaron Aziz dan Zizan Razak saja tak memadai kerana ia tak mencerminkan kualitinya. Sudah lah mahal. Dan baru-baru ini kecoh lagi bila baju Melayu yang dijual Jakel berkualiti rendah, macam beli kat pasar malam saja. Sehinggalah seorang pembaca dan pengguna mendedahkan rahsia ini:

Puteri Noormala Shamsuriah: "Maaf cakap yea, bukan nak memburukan Jakel tapi saya kenal tukang jahit yang jahitkan baju-bau melayu untuk gedung Jakel. Memang dia citer kat saye kain-kain kat Jakel takde quality. Bile banyak yang laku (laku ke tak laku? - Editor) lebihan baju2 tu di jual di Jalan TAR. Tapi takde laa tag jenama Aaron Aziz, Zizan Razak or whatever. Sebab bile dah jual kat Jalan TAR of course la kena buang tag nama tu. Kalau tak kena saman dengan Jakel."

Tepatkah dakwaan ini? Mari kita baca RESOLUSI BAJU MELAYU JAKEL. ALLAHUUAKBAR!

Bak kata Shahrul Naim Al-Deus: Benda bukan tak boleh tukar. Kecoh lebeyyyy la kecohhhhhhhhh.

Ariana Ana Ana yang akalnya terletak di tapak kaki. MANGKIN??? Smashing Pumpkins Mangkins.

Setiap hari ada saja orang bodoh di internet. Kali ini Ariana Ana Ana pula mengata Perdana Menteri kita di Facebook Harian Metro (entri tentang pesawat milik TransAsia Airways itu membawa 54 penumpang dan empat anak kapal. 51 terbunuh pesawat terhempas di Taiwan).

Agaknya Najib ada berhutang kuih lepat pisang pada dirinya sebelum ini. Sila nilaikan di bawah, moga dijadikan pengajaran:

Ariana Ana Ana : "Semoga perdana menteri yang bernama Najib menteri yang bangang cepat-cepat letak jawatan.  Mangkin lama ('mangkin'???? Mana datang perkataan ni? Kamu ni pendatang dari Swaziland ke? - Editor) dia berkuasa mangkin banyak malapetaka...dan sial...sial rakyat Malaysia dapat."

Dan ini reaksi yang dia terima:

Anis Liyana : "Ariana Ana Ana, akal kat tapak kaki kah ? Kaulah pembawa sial malapetaka tuh! Hidup menyusahkan orang ,tapi kau makan duit kerajaan jugak ! Cuba kau kira berapa banyak Tuhan kasi kau nikmat ? Banyak weh ,tak terkira woii.. Tuhan kasi nikmat hidup kat negara aman tu dah cukup bertuah ,tapi kau tak bersyukur langsung kutuk PM sendiri, tu macam kau ni martabat kau rendah sangat. Orang pun benci kat kau , kalau kau berdiri di tempat Najib kau mesti hadapi benda yang sama apa yang Najib rasa, dicemuh, dihina. Kau pun rasa marah .. jangan jadi keyboard warrior lah, post kat dalam ni memanglah kencang bagai nak rak,cer face to face, aku rasa muka kau pecah kot. Kita lari ke hujung dunia pun atau pindah ke planet Pluto pun, maut tetap kejar kita , malaikat Izrail tetap mengintai kita, bila tiba masa kita pergi Allah panggil kita, cuma kita TAK TAHU BILA ,DI MANA , BAGAIMANA. Dah Allah tetapkan macam tu, ,KITA SIAPA nak salahkan orang lain??  Kita hanya merancang tapi Tuhan Sebaik-Baik Perancang . Ada otak fikir, jangan pikir pakai lutut udah le."

Schaa Hasan : "Ariana Ana Ana gila ehh? Malaletaka tu datang sebab adanya manusia macam kau kot!!!! Huh!!! Tak payah nak salah kan sesiapa la wei. Ni semua takdir, kau nak suruh sape lak jadi PM? Agak agak sape paling sesuai jadi PM dab tak akan jadi satu malapetaka pun? Ini semua ujian dari Allah untuk hamba-Nya, mesti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ni. Sekurangnya umat Islam dalam flight tu mati syahid. Nak mati ni bila bila, kat mana mana pun boleh berlaku atas flight? Atas highway? Tengah menjahit, tengah mengumpat? Tengah menyakitkan hati orang? Tengah maki orang? Tengah mengaji Al-Quran? Tengah solat? Tengah tido? Tengah romen? Even kita tengah menaip komen ni pun kalau dah sampai ajal, Kunfayakun Inalillah Wainnalillahhirrojiun la jawabnya. Cuma bezanya mati dalam melakukan kebaikan (pahala) atau dalam melakukan kejahatan (dosa). Ni la jadinya kalau tak nak mencari ilmu, malas membaca lepas tu baca benda tak betul nak percaya 100% lepas tu pandai pandai keluarkan spekulasi. Hmmm mohon jangan keluarkan kenyataan bodoh lagi lepas ni ye.  Malu keluarga,malu mak bapak dan malukan diri sendiri je."

Nieza Sya : "Salam.. Ariana Ana Ana molek namanya. Saya dah teliti wall dab post miliknya satu persatu. Memang pekataan f***, sial dan mampus dan segala makian memang jadi kewajipan harian. Masyallah. Saya sangat simpati padanya kerana dia sendiri yang menjauhkn diri dari keberkatan Allah. Jadj tak ada guna kita melayan dan membalas kata-kata hina tu. Kata-kata dah cukup mencerminkan peribadi seseorang. Sebab orang yang bijak takkan menunjukkn kekurangan dan kebodohannya".

#AH5017 : Pesawat Air Algerie dengan 116 penumpang dilapor terhempas, selepas MH17

BREAKING: An Algerian official confirmed that‪ #‎AH5017‬ has crashed.

Punca ia terhempas samada masalah teknikal atau bencana alam yakni cuaca. Belum dapat dipastikan.

Inalillah...

Gambar terbaru remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah yang biarkan ibunya, Lolanopita Sadi. Makin gemuk.

Penyelia Jururawat, Darwisah Idris dan K Malathy mengambil kesempatan memeluk dan beramah mesra dengan remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang kelihatan ceria selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban pagi ini. Firdaus dipindahkan ke Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah. Ibunya Lolanopita Sadi al Nobita Sayank Zizuka Doraemon tidak diketahui.

FOTO Iqmal Haqim Rosman

[KELAB BLOGGER] Blogger terlalu kejar trafik hingga mengaibkan orang lain.

Man Blogger Popular membuka persoalan yang menarik untuk dibincangkan tadi: Apa pendapat anda bila ada blogger terlalu mengejar trafik hingga sanggup mengaibkan orang lain ? Tidakkah tindakannya itu akan mencemarkan imej blogger ?

Pada saya, benda ni dah lama berlaku sejak dari zaman URTV, Media Hiburan, Melodi lagi, cuma sekarang ia berubah format saja. Ini cucu cicit mereka. Dan khalayak terlalu suka dan mahukan sampah-sampah yang begini. Ada permintaan. Patut hapuskan URTV,Mangga dan Melodi dari dulu lagi. tapi kalian menyokongnya. Bila pengacara Melodi yang baru ganti Zizan Razak macam gampang, kalian bising. Kenapa kalian tak runtuhkan bangunan Sri Pentas je?

Takde istilah blogger pun pada saya. Dulu kita ada personal website yang bertujuan untuk berkongsi tanpa rasa riak. Bila golongan blogger famous glorify-kan blogging, ramai yang nak ikut famous seperti mereka. Ia mula menggantikan media tradisional sampaikan isi kandungan blog sama, membosankan, yang bongok dan tak ada kemajuan. Banyak wannabe tapi ye lah, bukan saya bayar pun bil internet diorang. Ikut suka diorang lah. Nak pulau pemendanya?

Bagus kalau bercerita tentang kebaikan dalam blog. Tapi apa pula pandangan rakan-rakan jika blog digunakan untuk mendedahkan tentang keburukan (niat supaya ia dijauhi) sebagai contoh, kegilaan terhadap Kpop yang melampau-lampau yang tak bersesuaian dengan masyarakat kita?

#AH5017 : Pesawat Air Algerie dengan 116 penumpang dilapor hilang, selepas MH370

Pesawat Algeria, AH5017 dengan 116 penumpang dilaporkan hilang dari radar, 50 minit selepas berlepas dari Ouagadougou ke Algiers - Xinhua

The plane is from Spanish company Swiftair, and was operating for Air Algerie. They have released a press note confirming 116 people on board.

Wednesday, July 23, 2014

Peter Murphy Abdullah (the godfather of goth) yang memeluk Islam tetapi tidak mendapat perhatian seperti Felixia Yap

Masa pengislaman dia ni dulu tak jadi muka depan paper Metro sebab takde pakej Nora Danish berketayap. Nama baru (walaupun takde) pun orang tak kisah langsung. Salam Ramadan buat Peter Murphy bin Abdullah, vokalis kumpulan gothic Bauhaus.

#bauhaus #gothic #mebarak #ramadan #twilight #eclipse #thecoldman #coldman #vampire #belalugosisdead

Soalan dari peminat OHBLOGLAGI perihal tudung (aurat sebenarnya...)

Cherry Love: "Saya hairanlah kenapa korang selalu ungkit pasal bertudung dan tutup aurat setiap kali admin post gambar perempuan terutamanya artis atau mana-mana wanita. Ni pun dah kena juga.Tak boleh ke tengok dari sudut positif je. Ni tak, sikit-sikit komen 'kenapa tak bertudung, nape tak tutup aurat, lagi cantik kalau brtudung, pakailah pakaian menutup aurat, bila lagi nak bertudung.' Diorang pun tak tau yang gambar diorang di-post. Yang kita pulak nak mengktitik orang je. Tengok jelah dah cukup. Dia nak bertudung ke, tak nak ke, itu diorng sendirilah tau."

Jawapan: Sebab wajik kita menutup aurat. Bukan dodol. Selamat hari raya.

(Gambar sekadar hiasan)

Syasya Mahmud Ratu Selfie ( @syasyamahmud ) digelar perempuan murah gara-gara balas tweet KJ

"Set-set baham tanoh nim", kata Zuang Little Kordine.

Nak menang t-shirt, Syasya? Nah dia t-shirt. Ratu selfie camp kill yourself.

#MH17 : Tweet bodoh Paul Sonne, Koresponden The Wall Street Journal di Moscow yang kata delegasi Malaysia tak pandai English dan Russia

The Malaysian officer who received the #MH17 's black box is a Lt. Col in Medic/Engineering. He's also a specialist in Sukhoi jet fighter plane. Just so you know, he doesn't need to speak English (not because he can't, like some of you claimed.) because he can speak Russian. So go figure!

SELEPAS mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia melalui Tweetnya, Koresponden The Wall Street Journal di Moscow Paul Sonne meminta maaf dan kesal di atas kenyataannya yang menyifatkan delegasi Malaysia tidak mahir berbahasa Inggeris.

Sonne yang sebelum ini mempertikaikan sama ada wakil negara tahu atau tidak apakah isi kandung dokumen berbahasa Russia dan Inggeris yang ditandatangani berhubung penyerahan kotak hitam MH17 oleh pemberontak pro-Russia, mengaku tweetnya adalah sesuatu yang bodoh.

Sebab kau bodoh, Paul dan tak pass geografi dan tak lepas audition Raja Lawak cawangan Hell Paso At The Drive In. Marilah melawat Malaysia.

Ucapan raya dari Zizan AP set a.k.a Zizan Razak versi bangla

"Saiyaa jugakkk maui ucak itu silamat hairiiraiyaaa.." - Zizan AP set.

Ok, silamat hairieothman juga unto kaw.

Status halal Johnny Rockets Malaysia

Sejak pembukaannya di Malaysia, restoran diner Amerika, Johnny Rockets telah menarik perhatian ramai terutama peminat burger yang sudah muak dengan burger fast food McDonalds, Burger King, Wendys dan macam-macam lagi. Dengan rekaan dalaman ala Amerika klasik, pastinya ia memukau ramai pengunjung dengan persekitaran bagai berada di era 50'an Marilyn Monroe yang tak lapuk ditelan zaman, bagai berada dalam dunia lukisan Norman Rockwell. Memandangkan ianya berkonsep bar yang menyediakan minuman keras, ramai yang tertanya-tanya status halal restoran ini. Ini pula jawapan dari Johnny Rockets Malaysia apabila ditanya tentang status halal mereka oleh penggemar burger Muslim:

"We do not have halal cert in the restaurant because we have a bar that serves alcohol. However, all our food is halal since we purchase our meat and poultry from local suppliers that have gotten JAKIM Halal Certification. Hope the above clarifies."

Lokasi Johnny Rockets Malaysia adalah seperti berikut:

Johnny Rockets @ the Curve,
Mutiara Damansara. Lot G52, The Street.
Tel:+603-7732 8366.

Johnny Rockets @ Avenue K (opposite KLCC).
Lot G-8A, Ground Floor.
Tel:+603-2181 5466.

Johnny Rockets @ KLIA2.
Lot S2-3-L03A, Departure Level, Public Concourse.
Tel: +603-87878250

Lokasi tambahan bakal dibuka di Sunway Pyramid dan Pavilion Kuala Lumpur.

#MH17: Kenapa kotak hitam pesawat warna oren? - Asrul Samad

Aku dah tau permainan kau, Asrul Samad. Bagus la kau tak buat Fanpage macam Amran Pekida, kalau tak sah-sah orang kata kau batak LIKE. So, aku pun buat la entry special untuk kau ni.

Mesej solidariti Gaza dari Massive Attack ketika konsert, sokongan buat Palestin #SAVEGAZA

Band trip hop terkenal dari UK iaitu Massive Attack memaparkan tulisan yang bertujuan untuk menunjukkan solidariti mereka ke atas Gaza ketika membuat konsert di Ireland.

Di atas ialah video klip

Sebuah lagi band yang menentang zionism secara terang-terangan dan pernah buat konsert di Malaysia sekitar 2013 ialah Godspeed You! Black Emperor yang merupakan pioneer bagi genre post rock. "Politically, the idea of Zionism is something that we abhor ... if we'd thought about it a bit harder, we probably would've thought more carefully about using that word in the band name, because it really is a loaded term," kata salah seorang wakil band GY!BE.

Penggusti The Undertaker telah memeluk Islam

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Mark William Calaway yang lebih dikenali dalam dunia gusti World Wrestling Federation (WWF, sekarang WWE) sebagai The Undertaker mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama barunya Muhammed Ismaeel Taker (sebagai penghormatan pada tempat dia memeluk Islam iaitu Seberang Taker, Kuala Terengganu) atau orang Ganu panggil Pok Wel atau Ustak Wel Undertaker. Alhamdulillah. Dia juga pernah dicalonkan Oscar untuk filem Suburban Commando dan Cinta Si Penggali Kubur.

Berita pengislamannya kurang mendapat perhatian berikutan dia tidak mempunyai pakej tubuh ranum seperti Felixia Yap namun menyatakan pengislamanya itu dengan niat yang ikhlas dan bukannya gimik semata-mata selepas kurang mendapat tawaran bergusti dari WWE sementelah kemunculan banyak bakat-bakat baru yang hebat di arena gusti yang sedikit sebanyak menenggelamkan populariti penggusti yang uzur sepertinya. The Undertaker berhasrat mahu memadam gambar-gambar ketika menjadi penggusti dahulu di Instagram secara perlahan-lahan sejak malam Nisfu Syaaban yang lalu. Dia juga baru mengikat kontrak sebagai duta kain sarung Atlas menggantikan Deddy Mizwar. Kami bersyukur atas rezeki The Undertaker. Pakai Atlas juga ya? Ya pasti, jenama Atlas. Shuffle bersepah.

----------------------------------------------------------




Related Posts with Thumbnails