our sponsor

Followers

Friday, July 25, 2014

[KELAB BLOGGER] Blogger perempuan popular (plus point: cantik)

Apakah populariti seseorang blogger tu akan memberi kesan pada blognya ?

Dikatakan blogger perempuan lebih mudah popular berbanding lelaki. Apa pendapat korang ?

Ada benarnya. Macam Hanis Zalikha (yang kini terjun dalam bidang lakonan walaupun berlakon macam kayu pacak tengkuk pontianak). Saya tak suka baca blog dia sebab semuanya iklan yang tak beri manfaat pada saya. Saya suka tengok gambar dalam blog dia je. Kata stalker Hanis Zalikha, sebelum blog dia penuh dengan iklan macam Cadbury longgok tu, blog dia santai dan best dibaca. Kadang-kadang cerita pasal ex-boyfriend dia. Cantik pun kena tinggal, kesian...

Macam Cik Epal. Baru-baru ni dia kahwin. Lagilah bapak bosan lalu saya removekan dari list, saya doakan popularitinya merudum agar dia mula realistik dengan kerja menjala ikan. Blogger wanita popular senang dijadikan 'pelaris' oleh pengiklan macam masa musim Piala Dunia. Blogger perempuan ni pun ceritalah pasal bola tapi satu benda pun tak boleh pakai. Harap popular je. Baik baca blog Lucius Maximus atau Pipiyapong. Kelakar yet precise.

Kata blogger yang tak famous, tak best dan tiada jati diri, Man Kilang: "Aku ni kalau blog kita pun rasa tak berapa best, tak berani kutuk blog orang lain tak best."

Dia macam penonton filem juga. Ko boleh kata filem best tak best walaupun kau bukan pembikin filem dan kau tau kalau kau bikin filem, memang jahanam. Tapi jangan jadi macam Ahmad Idham, pada dia kalau ko tak buat filem, ko tak layak nak kritik filem dia. Tu yang filem dia makin sampah dan tersempit.

Kata Man Kilang lagi: "Sebab tu aku cakap, kalau blog aku pun tak berapa best. Aku tak berani komen blog orang lain tak best. Kalau pembaca blog, boleh la komen blogger mana tak best, hehe. Sebab tu takde pengarah filem yang komen filem orang lain tak best." Itu masalah kau Man Kilang sebab blog boleh digunakan sebagai ruang untuk mengkritik, so use it. Populariti tak mencerminkan kualiti. Ada blogger bajet famous tapi hancur isinya dan mahu bangkitkan soal blogger popular kerana dalam Malaysia, dialah yang popular, dia fikir popular tu dah kira ada kualiti dan menidakkan blog yang tidak popular tapi berkualiti isunya, sedangkan tak tahu mentaliti orang Malaysia ni macam mana. Tengok je lah Beautifulnara, blog popular menjual gosip yang digemari tapi kandungannya seperti meminta kaki.

Kata Man Jepun pula : "Yerp populariti main banyak peranan.  Kalau tak popular dan hidden in the shadow macam aku ni hampeh lambat orang nak masuk. Haha. Ibarat kata "hang sapa aku nak follow hang"? "Apa faedah aku dapat'? Tapi sekarang sebab generasi "mohon share" everything jadi sangat complicated. Terlalu complicated. Banyak dah research pasal Gen Y punya perangai dan sikit punya pelik. Belum lagi masuk Gen X (kaum evan's, hudson's, semua tue). Rasa menyesal aku tak habis lagi sebab masa tahun 2010 di mana orang baru sikit-sikit nak kenal Facebook, blog dan sebagainya tak all out untuk blogging dan berhenti terus blogging. Kalau start dari zaman tu dan terus consistent sekarang tapak dah jadik kukuh dah." Well, itupun masalah kau, sebab kau nak cari populariti tapi kau tak gigih menulis sebab bukan passion kau pun. Kau tu wannabe je.

Jejari Runcing popular kerana dia menumpang populariti Khairul Fahmi. Orang baca blog dia (biasanya wartawan gosip) sebab nak korek kisah cinta diorang. Orang kita memang dasar penyibuk. Tapi sejujurnya blog dia membosakan. Dia bukan Roger Ebert atau Justin Bennet atau Peter Travis atau Lestert Bangs atau Saniboey Ismail yang mana ditunggu-tunggu jika ada album atau filem yang baru keluar untuk dibaca ulasannya. Kalian suka follow sesetengah blog kerana secara harifiahnya kalian ialah stalker in a closet.

Kata Man Blogger Popular: "Jangan asyik kritik blog orang je. Blog sendiri terlepas pandang. Mungkin kita rasa tak best sebab tak jumpa yang kita nak tapi orang lain sebaliknya. Dalam status ni,berikan pendapat anda saja tanpa kaitkan mana-mana blogger apatah lagi nak mengkritik mereka seolah kita mengikuti blog mereka sejak dari awal lagi." Well,kenapa tidak? Kita ditanya tentang blogger popular, kita kritik yang popular, cantik dan gebu ni. Janganlah kerana blogger popular ini terdiri daripada rakan-rakan anda maka anda menidakkan suara kami untuk mengkritik mereka jika ia memang kena kat batang hidung mereka. Lu pun dah macam Ahmad Idham, bro! And you know what, you're not even from school of journalism to fully understand why there is a thing called a critic. Sama macam Ahmad Idham.

Celah Man Kilang: "OK lagi la blog perempuan yang hang kutuk tu cerita peribadi, tulisan asli dari blog amik entri dari surat khabar..hahaha ops terkutuk." Well itu pendapat saya pada blog orang lain, ie: blogger perempuan popular. Nak tambah lagi: blogger perempuan popular cantik. Kerana topik itu yang dibincangkan. Blog saya tak masuk kategori itu pun. It's a place for dump. Yup, that's what OHBLOGLAGI from the very beginning: it's not a job, never was a hype machine nor a money making machine - unlike you guys. It's a photocopy machine, a tool, an exercise, it's not serious. Because everybody is copier or fax machine. Blogger perempuan popular tu original? Dah berjuta orang cerita pasal peribadi macam diari, bro. You're not even there when underground kids make this nifty little thing called zine. And yet you wanna talk about being original or asli? That's bullshit.

And, really, that's my idea of 'so-called' blog. Cant blame me. You guys invented it. Kritik lah macam mana pun, it's there. Already there.

Sambung Man Blogger Popular: "Kadang-kadang kena berdunia realiti dengan blogger. Baru tau kenapa blogger tu mampu bertahan lama dan popular. Bukan sebab ' rupa ' saja. Tapi rupa dan fizikal adalah passport untuk dikenali dengan pantas. Selepas itu pengikut akan baca penulisannya setiap hari. Bila entrinya dah tak menarik hatinya ,dia akan pergi. Hak pembaca. Sebaiknya elak dosa dalam entri kita. Ada yang tak kisah bab tu asal blognya ada pengunjung."

Itu kerana anda telah tetapkan idea blog itu sebagai sekian-sekian. I'm not following your route. Saya tak kisah pasal pengunjung pun, it's just about me, me, and me pada mulanya tapi adakalanya ada pengunjung yang tersesat ke blog saya mencari 'dosa' sedang blog saya tiada perkara-perkara sebegitu. Lalu saya hasilkan entry pseudo sekian-sekian dengan mesej 'kau takkan jumpa apa yang kau cari, baliklah ke pangkal jalan'. Pada saya, kalau dah blogger perempuan tu nak popular, itu sebab dah memang orang nak kat dia. Kita tak boleh menidakkannya. Tapi kritik tetap kekal sebagai kritik. Apabila saya kata ada blogger perempuan yang popular cerita Piala Dunia tapi takde isi, tidak pula saya kata "masuklah blog saya untuk cerita pasal bola", tapi saya cadangkan masuklah blog yang sesuai bercerita tentang perkara tersebut. Get my drift?

No comments:

Related Posts with Thumbnails