our sponsor

Followers

Friday, July 18, 2014

#MH17 : Sim Kwang Yung Sim yang racist

Haiyaaa, ini dunia ada orang gila saja ka?

Fake account of Red Bean Army or not.

besides the fact that the pilot’s name was Eugene Choo…. fake profile bro. not fake. supposedly hacked. big diff. but we’ll see what PDRM will come up with. leave it to them.

Laporan terkini dari Harian Metro: 'Itu akaun palsu, bukan saya'

Tawau: Presiden KelabPenyokong BN Sabah dan Kerajaan Datuk Mohd Jeffry Rosman mewakili kelab terbabit dan Alumni SekolahMenengahKebangsaan (SMK) Kuhara membuat laporan polis bagi meminta siasatan dilakukan terhadap satu akuan Facebook (FB) yang bernama Sim Kwang Yung dikatakan menghina juruterbang MH17 dan rakyat beragama Islam mengenai isu nahas terbabit.

Bagaimanapun Mohd Jeffry dalam kenyataannya turut meminta supaya orang ramai tidak bertindak melulu menuduh wanita berkenaan dan biar pihak berkaitan menjalankan siasatan mereka.

"Ketika laporan dibuat pagi tadi di IPD Tawau, kebetulan saya terserempak dengan pemilik penama Sim Kwang Yung yang tampil membuat laporan polis menafikan bahawa beliau membuat kenyataan berbaur menghina agama Islam dan juruterbang berkaitan nahas MH17 yang kini tersebar meluas dilaman sosial," katanya.

Beliau berkata, akaun FB aslinya adalah Kwang Yung Sim manakala yang palsu Sim Kwang Yung Sim dan perkara itu sudah dilaporkan kepada polis pada 2012 mengenai akaun palsu berkenaan," katanya dalam kenyataan di Facebooknya miliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, pihaknya ada menerima tiga laporan polis berhubung isu terbabit termasuk penama asal akaun Facebook terbabit.

"Tindakan akan diambil dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan, katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

DATUK Mohd Jeffry Rosman bersama penama asal akaun Facebook di IPD Tawau.

UPDATE (dari Cybersafe Malaysia) : Dimaklumkan bahawa kenyataan yang dibuat menerusi akaun pemilik adalah bukan dari pemilik asal. Warga internet dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau mengambil tindakan sendiri terhadap pemilik asal akaun. SENTIASA BIJAK. SENTIASA SELAMAT CC: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

No comments:

Related Posts with Thumbnails