our sponsor

Followers

Wednesday, July 23, 2014

Penggusti The Undertaker telah memeluk Islam

Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini, Mark William Calaway yang lebih dikenali dalam dunia gusti World Wrestling Federation (WWF, sekarang WWE) sebagai The Undertaker mengambil keputusan untuk memeluk Islam dengan nama barunya Muhammed Ismaeel Taker (sebagai penghormatan pada tempat dia memeluk Islam iaitu Seberang Taker, Kuala Terengganu) atau orang Ganu panggil Pok Wel atau Ustak Wel Undertaker. Alhamdulillah. Dia juga pernah dicalonkan Oscar untuk filem Suburban Commando dan Cinta Si Penggali Kubur.

Berita pengislamannya kurang mendapat perhatian berikutan dia tidak mempunyai pakej tubuh ranum seperti Felixia Yap namun menyatakan pengislamanya itu dengan niat yang ikhlas dan bukannya gimik semata-mata selepas kurang mendapat tawaran bergusti dari WWE sementelah kemunculan banyak bakat-bakat baru yang hebat di arena gusti yang sedikit sebanyak menenggelamkan populariti penggusti yang uzur sepertinya. The Undertaker berhasrat mahu memadam gambar-gambar ketika menjadi penggusti dahulu di Instagram secara perlahan-lahan sejak malam Nisfu Syaaban yang lalu. Dia juga baru mengikat kontrak sebagai duta kain sarung Atlas menggantikan Deddy Mizwar. Kami bersyukur atas rezeki The Undertaker. Pakai Atlas juga ya? Ya pasti, jenama Atlas. Shuffle bersepah.

----------------------------------------------------------




38 comments:

Anonymous said...

Tak tau plak dia convert kat Tganu. Syukurlah. Sekurang2nya dia tak mencari publisiti macam Felixia Yap. Niat dia tu antara dia dan Tuhan. Itu yg lebih pnting

Anonymous said...

Sunggoh komedi anon kat atas ni haha..
Buleh plak dilayan stori troll + parodi ni..haha..
Kamon la bro..patotnya stori2 mcm ni harus di Reply dgn nada parodi jugak..

Artikel sarkastik mcm ni selalunya diambik serius oleh majoriti Rakyat Malaysia n lpas tu dibising2kan plak kat Fesbuk dgn keseronokan tahap tertinggi..akhirnya bila non Muslim baca posting2 kat FB tu..dorang akan geleng2 kpala smbil tersenyum sinis dgn silap Muslim yg pendek akal..

Ayoh Muslim Melayu..jadilah lebeh pandai n bijak sikit lpas ni..Islam dalam ayat pertama adalah Iqrak..bermakna Baca..bukan stakat Baca saja..bahkan wajib mengkaji dan meneliti dgn mendalam..itulah Islam..

Anonymous said...

Aku rasa lepas ni kalau Undertaker takde job, dia boleh join JAWI tangkap orang tak puasa. Bagi chokeslam, ahli quburr piledriver baru diorang insaf.

kiki said...

Terpancar jelas sinar keimanannya, kan?

Anonymous said...

HIDUP MELAYU!

bila dgr cerita artis masuk islam bukan main lagi share.

bila dgr cerita artis murtad bukan main lagi google mintak bukti.

x leh blah yg dh salah tu bole lg ckp "x pe la kita doakan dia masuk islam. wallahualam"

Blitzenius said...

Satu lagi jenis baca tajuk je, komen dulu, kutuk berapi2, bukak link dan baca artikel penuh kemudian.

Asrul Samad said...

Mari duane Ustak Wel Taker tu!!! Maroh Tokku Paloh kalu dengor! Hahahaha

Anonymous said...

Mungkin dia pernah terasa sesuatu semasa dia masuk keranda dulu...

Anonymous said...

Tu la. Aku rasa Undertaker la yg paling mudah masuk Islam sebab tema dia dlm WWE tu pun mengajak kita mengingati mati.

Asrul said...

Dia dp hidayah lps tgk Tok Adi Tanah Kubur kat Astro kot

Anonymous said...

Memang lawak.. Tau la dia gagal winnimg streak.. Kena bahan lak hehe

Hafiz Rahim said...

Aku dr dulu dh nampak tanda2 keislaman dia. Bergusti pakai seluar panjang. Tutup aurat selalu. Respect!

Anonymous said...

Alhamdulillah

Anonymous said...

X lawak babi

Muhammad Ihsan said...

Allah

Anonymous said...

Bila org Islam xserius pd Islam Allah gantikan dgn non muslim masuk Islam. Ikhlas dn penuh komitmen. AllahukAkbar.

Zaidimustapha said...

Alhamdulillah kalau khabar berita tentang HIDAYAH yang hanya datang dari Allah SWT ini tidak dipermainkan. Alhamdulillah. Tapi sekiranya HIDAYAH dari Allah SWT dipermainkan oleh seseorang, ianya amat berat sekali nilai IMAN pada pereka khabar berita tentang HIDAYAH Allah SWT kepada UNDERTAKER. Saya yakin Allah SWT akan murka pada PEREKA-PEREKA berkenaan. Maka Si Dia akan (PEREKA) akan dilakhn..... mungkin. Na'uzubillah. HIDAYAH milik Allah SWT jangan dipersendakan dengan perbualan dalam blog-blog.... Jadi mohon sama-sama renungkan... Sekiranya PEREKA itu adalah seorang penganut agama selain islam, kita sama-sama doakan semoga Si Dia diberikan HIDAYAH.... Wassalam..

Anonymous said...

Amiin moga semua mndpt hidayah

Anonymous said...

hidayah lau Allah nak bagi kat sesiapa pon boleh,x kire laa bintang porno ker,bapak ayam ker,org yg kita x sngke2..yg penting!!!kita hidup jgn hipokrik aka munafik (Y)

Anonymous said...

Ya Allah, sikit2 nak babi. Mana hidayah kamu?

Anonymous said...

Bila terlalu pentingkan keislaman org, kita sering terlupa bagaimana keislaman kita? Apakah kita benar2 mencerminkan peribadi muslim sejati yg dapat menarik non muslim mendekati islam? Itu yg seharusnya difikirkan.

Anonymous said...

FILEM2 MELAYU: RM10 tiap satu. Tambah RM6 utk poslaju (sehingga 4 title). PM atau Whatsapp ke 0136969064 utk pesanan.

DVD:
- Tuah (Jamal Abdillah, Erma Fatima)
- Ghazal Untuk Rabiah (Jamal Abdillah, Wilma)
- Imigran (Imuda, Nanu Baharudin)
- Melati Putih (Tantiana, Yusof Haslam, Shafiee Mohamad)
- Langit Petang (Azean Irdawati, Dharma Harun)
- Senja Merah (Latif Ibrahim, Jamaliah Arshad, Yusof Haslam, Ahmad B)
- Badai Mentera (Vanida Imran, Khairil Anwar, M Rajoli)
- Perempuan (Melissa Saila, Mariani Ismail, Mahyun Ismail)
- Anak Sarawak
- Sesejuk Air Mata Ibu
- Penghujung Malam (Melissa Saila, Khalid Salleh, Noorkumalasari)
- Antoo Fighter
- KAMI The Movie (2008)
- Kad Cinta (Nasha Aziz, Hairie Othman)
- Balada (M Nasir)
- Cinta Metropolitan (KRU)
- Sayang Salmah
- Bas Konduktor (Pie, Maidin)
- Nana Tanjung 2

VCD
- XX Ray (Aziz M Osman)
- Pening Pening Lalat, (Mustafa Kamal, AR Badul)
- Manis Manis Sayang (AR Badul)
- Cikgu Romantik (Os)
- Sayang Salmah (Norish Karman, Sidi Oraza)
- Warna Warna Hati (M Jamil, Sarimah)

more stuff at http://www.facebook.com/gunshyclothing

Anonymous said...

bln pose pn mabun mabuk ketum ke admin ni..???

Bung Mokhtar MP Kibinatangan said...

Apa daaa mabun.

Anonymous said...

aku xfaham, ni lawak ke betul? klau betul..syukur, klau lawak..xkelakar..

Anonymous said...

Memang tak kelakar. It's a cynical bitch. Ie: pasal Instagram, bila Felixia Yap nak delete gambar Playboy tertonggek dia tu?

SentiasaPanas said...

Alhamdulillah..

nicejobs said...

hahahahahaha kelakorrrrrrr

ASHIKIN said...

WHOEVER THIS ROSNAH MAT EKYN ARIS GIRLS IS, TOLONG JANGAN NAK MELEBIH2 KUTUK KPOP. KPOP IALAH GENRE MUZIK YANG PALING MULIA DAN MASUK SYURGA. AKU JUMPA SEKOR2 AKU BALING DENGAN KASUT, BODOH!

Kamar Muslim said...

Huh...apa kaitan kpop dlm ni cerita....hahai...

Anonymous said...

tipu-tipu.. ni semua rumor je! lagi satu, undertaker bukan x dpt tawaran kat wwe tapi dye injured tau tak!Dye mungkin skali wrestler yg paling berharga pd wwe skrang, takkan wwe nk lepas dye mcm tu je. Lain kali tolong jgn mudah sgt percaya kat rumors yg x btul, kaji dulu!

Anonymous said...

asyikin ko patut pikir dulu sebelum nk cakap n komen! ayat mcm xde agama je budak ni.

Anonymous said...

KPOP- kafir people organized propaganda

Azman Shah said...

Alhamdulillah syukur kpd Allah S.W.T tlh mnunjukkn undertaker yg kni memeluk Islam ke jln yg bnar..

Anonymous said...

ahhh lawak aq duk sbrang takir..

KERJA KOSONG TERKINI said...

Adakah ini benar? Apa buktinya beliau memeluk Islam di Seberang Takir? Sungguh ia bukan main2 kerana ia melibatkan akidah kepercayaan orang Islam...semoga kita diberi hidayah menjadi hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh..

21wasim Tnzack said...

Kalau dia masuk islam habistu tatoo tu boleh ke pegi sembahyang

zahar_b18 said...

Perghh, kalu dia nk buang tatoo kene potong tgn dia beb..aku tgk tatoo dia dlm wwe pun penuh.hehe.apepun klu betul dia masuk islam, alhamdulillah la ye idak?

Related Posts with Thumbnails