our sponsor

Followers

Saturday, July 12, 2014

POLIS PERAK NAFI KEJADIAN TEMBAK SECARA RAWAK DI IPOH

SIARAN MEDIA PEMANGKU KETUA POLIS DAERAH IPOH SUPT AHMAD TERMIZI ABD HAQ

PENAFIAN KEJADIAN TEMBAK SECARA RAWAK DI IPOH

Berikutan penyebaran maklumat di media sosial mengenai kejadian tembakan secara rawak yang dikatakan berlaku di sekitar kawasan Gerbang Malam dan perkarangan Stesen KTMB Ipoh. Pihak polis ingin menegaskan bahawa tiada kejadian seumpama ini berlaku. Pihak polis tidak menerima apa-apa laporan polis mengenai kejadian seperti yang didakwa dan tiada mana-mana pihak yang cedera/mati dilaporkan.Keadaan bandaraya Ipoh adalah aman dan terkawal. Kehidupan masyarakat berjalan seperti biasa dan orang awam tidak perlu bimbang untuk keluar menjalankan aktiviti di sekitar bandar Ipoh.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

POLIS TELUS SIASAT KEMALANGAN MAUT DI BUNTONG

Berikutan insiden kemalangan maut di Jalan Ng Soon Teik, Buntong, Ipoh pada 8 Julai 2014, pihak polis ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhkan kes ini kepada pihak polis.

Sebagai pasukan keselamatan nombor satu negara, pihak polis sentiasa telus dalam menjalankan siasatan. Orang ramai juga diminta untuk tidak mengganggu keluarga mangsa dan tidak menimbulkan kekacauan dan kekecohan yang boleh menggugat ketenteraman awam. Kes telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH 12 JULAI 2014

No comments:

Related Posts with Thumbnails