our sponsor

Followers

Wednesday, September 10, 2014

[ULASAN TELEFILEM] Rock Sangkut, lakonan Along Cham, Joey, Hazama.

(Girlfriend telefon)
Joey : Nak dengar teka teki tak?
GF : Apa dia?
Joey : Pisau potong daging...daging potong apa?
GF : Abang buat apa tu?!!!
Joey : Tengah bagi ikan linang makan...

Rasanya telemovie ini walaupun budget murah, skrip dan plotnya ringkas je, ianya lebih baik daripada lain-lain cerita Melayu kat panggung tu. Part paling 'mabeles' semasa Pak Imam (Kazar) suruh bebudak tu azan, antara gelak dan syahdu bercampur dengan rasa insaf. Kumpulan Tongkat Langit! Tasawuffff.

Menghidupkan telemovie ni si botak Hazama dan Kazar. Spoil Kamaroo Hj Yusof aka Abang Man. Memang slow time dia ada. Lawak klise sangat dengan filem Rock. Terlebih-lebih pun ya juga. Tapi memang Kazar gak champ. Muka berlagak jadi ahli kumpulan Qudrat.

Babak taining pertandingan nasyid dalam surau, siap melompat dan bukak langkah silat bagai, tak faham apa relevan training physical sebegitu untuk pertandingan nasyid. Jika dilihat telemovie ini seperti spinoff filem Rock sebab ada Cik Man! Tapi dia tak sebut Rimba Bara. Dia sebut Lipan Bara (sebuah nama band rock sebenar). Malaikat Maut pun ada dia mention. Hazama azan sedap!

Sinopsis: Rock Sangkut adalah berorientasikan komedi tele dan agama. Ia adalah kisah tiga pemuda dari kampung yang bercita-cita tinggi untuk menubuhkan sebuah band rock. Mereka perlu melalui pelbagai sakit dan pahit dalam perjalanan untuk mencapai cita-cita mereka. Takdir menjadikan mereka tidak menjadi kumpulan rock, tetapi sekumpulan nasyid terkenal di Malaysia. 

Skrip dan arahan: Mawi AF3
Genre: Drama, komedi, muzikal.
Lakonan: Acey, Along Cham, Deen Maidin, Hazama, Joey Daud, Kamarol Hj Yusof, Kaza dan Mak Jah.

1 comment:

Anonymous said...

skrip by Mawi ka? Kat poster tu pun rahman, ending credit pon aku tgk rahman jugak

Related Posts with Thumbnails