our sponsor

Followers

Monday, December 22, 2014

[ULASAN FILEM] Penguins of Madagascar

Jika anda masuk ke panggung bersama rakan anda menonton Penguins Of Madagascar, perlu nyatakan padanya yang animasi gaya DreamWorks takkan pernah sama dengan Disney/Pixar, malah gaya humor empat sekawan penguin ini sendiri berbeza dengan haiwan lain di Madagascar. Mereka dibentuk sebagai comic relief yang tak pernah ada waktu seriusnya (ketika mereka sedang serius). Ada lawak yang agak rawak yang memetik nama selebriti seperti Nicholas Cage dan Halle Berry yang mana penonton dewasa saja faham sedang penonton kanak-kanak bakal terpukau dengan aksi mereka apatah lagi dengan janaan CGI 3D yang ditonton di IMAX. Ianya situasi 'menang-menang'. Tapi jika anda mencari momen drama Disney yang bakal mengalirkan air mata, tidak! Anda salah filem kerana filem ini penuh dengan lawak sengal.

Plot: Mengisahkan tentang kehidupan empat sekawan penguin: Skipper, Kowalski, Rico dan Private yang  merupakan haiwan tumpuan di Central Patk Zoo tetapi menghadapi ancaman dari Dave, sotong kurita yang berdendam dengan mereka lalu Classified, serigala yang mengetuai pasukan perisik North Wind menghulurkan bantuan. Filem animasi dan komedi ini diarahkan oleh pengarah, Simon J. Smith dan bakal menampilkan alih suara dari bintang-bintang ternama Hollywood seperti Benedict Cumberbatch, John Malkovich, Ken Jeong dan ramai lagi.

Klasifikasi: U
Genre: Pengembaraan / Animasi
Tarikh Tayangan: 27 November 2014
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Simon J. Smith
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Peter Stormare, Annet Mahendru, John Malkovich, Ken Jeong, Tom McGrath, AndyRichter

[FILEM] Birdman

BIRDMAN, filem arahan Alejandro González Iñárritu ini seringkali disebut sebagai filem meta seolah-olah perlambangan kepada pelakonnya sendiri Michael Keaton yang pernah menjadi Batman dan kemudian mahu menaikkan karier lakonannya semula selepas melalui zaman yang suram. Plotnya begitu. Bakal tayang secara terhad di panggung GSC yang terpilih mulai 22 Januari depan edaran 20th Century Fox.

Plot: Seorang aktor bernama Ringgan Thomson yang dilakonkan oleh Michael Keaton merupakan seorang ikon adiwira yang sedang bertarung dalam hidupnya walaupun sedang memainkan watak di Broadway. Dirinya terpaksa mempertahankan ego demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dalam keluarga, kerjaya dan dirinya sendiri. Filem ini merupakan sebuah cerita adaptasi dari karya nukilan Raymond Carver yang berjudul "What We Talk About When We Talk About Love".

Genre: Komedi
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Alejandro Gonzalez Inarritu
Pelakon: Michael Keaton, Zach Galifianakis, Edward Norton, Andrea Riseborough, Amy Ryan, Emma Stone, Naomi Watts

Sunday, December 21, 2014

Tayangan eksklusif EXTANT untuk pihak media anjuran HyppTV

Selasa lalu, di panggung LUXE TGV One Utama, HyppTV telah mengadakan tayangan eksklusif buat pihak media siri tv EXTANT, sebuah drama bersiri fiksyen sains 13 episod lakonan pemenang Oscar, Halle Berry yang diterbitkan oleh penerbit terkenal Steven Spielberg. Drama ini akan ditayangkan secara eksklusif di HyppTV di saluran RTL CBS Entertainment HD.

Acara pada tengahari itu dihoskan oleh Stephanie Carrington, wakil RTL CBS Asia. Dua episod terawal telah dipertontonkan iaitu "Re-Entry" dan "Extinct". Secara amnya, jika anda penggemar premis misteri sains, penjelajahan angkasa, A.I, dan makhluk asing, Extant akan berada dalam senarai wajib tonton anda. Sejak ditayangkan di US  9 Julai lalu, ia telah menerima ulasan positif dari pengkritik dan kini penonton-penonton di Malaysia akan berpeluang menonton siri tv ini bermula 6 Januari 2015, pukul 9.55 malam menerusi RTL CBS Entertainment HD (saluran 616 HyppTV yang boleh dilanggan dengan harga RM9 sebulan).

Selain Halle Berry, ia turut dijayakan oleh Goran Visnjic, Pierce Gagnon dan Hiroyuki Sanada. Plotnya berkisar tentang seorang angkasawan wanita iaitu Molly Woods (Halle Berry) yang mengalami sesuatu yang aneh apabila didapati hamil 14 minggu ketika berada di angkasa.Molly juga berhadapan masalah dengan suaminya John Woods yang mencipta robot dengan kecerdikan buatan seperti seorang manusia di mana robot yang bernama Ethan ini dianggap seperti anak mereka sendiri.

Sunday, December 7, 2014

Acidgaf bogel

Baru type A nak search kluar lak 'Acidgaf bogel'. apakah ini??

BANYAKNYA BODOHH!!!!

Bukak instagram Search 'acidgaf'. Read comments. Eat popcorns. Laugh. Regret why my generation is so stupid.

Hasil Ops Pengemis di Wakaf Che Yeh: Menipu mengemis dapat RM2000 sehari

Hak perempuan pakai tudung labuh, hak lelaki pakai macam  budak pondok / tahfiz, tapi bila suruh mengucap tak reti, suruh baca Al-Fatihah pun tak reti, last-last mengaku agama Buddha.
Sehari semalam dapat kutip purata RM2,000.

Thursday, December 4, 2014

Bisnes Burger Bakar V2! Pendapatan RM940 sehari!

Anda ada masalah "DUIT"? Nak "TAMBAH PENDAPATAN"?

Kini dilancarkan! Bisnes Burger Bakar V2!

Lebih padat dengan "JUALAN YANG MEMBERANSANGKAN". Pendapatan anda boleh mencecah hingga RM940 sehari!

Nak tahu dengan lebih lanjut? Klik Link INI.

Tuesday, December 2, 2014

Merakam saat-saat indah Yuyu Zulaikha dengan Samsung GALAXY Tab 4

BILA DAH BATAK TRAFIK, APA KEBENDE PUN SANGGUP DILAKUKANNYA!

Yuyu Zulaikha, seorang blogger kecil molek, telah berpeluang mencuba Samsung GALAXY Tab. Sebagai blogger yang sedang menunggu detik-detik kelahiran anak pertamanya, Yuyu teruja untuk merekodkan segala saat indah yang sedang dilaluinya.

Related Posts with Thumbnails