our sponsor

Followers

Wednesday, January 21, 2015

Majlis pelancaran album baru Nowseeheart - 'Katakan'

Petang semalam di Restoran Terrace, Royale Bintang, The Curve telah berlangsung majlis pelancaran album baru dari Nowseeheart yang bertajuk 'Katakan', terbitan Inteam Records, edaran Sony Music.

Sekian lama menyepi tanpa album baru kumpulan nasyid yang dianggotai seramai empat orang ahli ini kembali dengan album baru yang merupakam album mereka yang keenam di mana ia telahpun berada di pasaran sejak penghujung Disember 2014  lalu. Album ini memuatkan 9 buah lagu; Katakan, Sudahlah, Selawat Untukmu, Aku Sayang Kamu, Saksi, Damai Di Sana, Damai Yang Hilang 2014, dan Fatwa Hati.

Lagu Fatwa Hati turut menampilkan artis popular tanah air iaitu Jay Jay. Jay Jay dipilih untuk berkolaborasi di dalam lagu ini setelah menilai kesesuaian vokal beliau bersama Nowseeheart.

Majoriti lagu dan lirik di dalam album ini dicipta dan dihasilkan oleh anggota Nowseeheart sendiri, Azahari Abdul Rahman yang turut menggalas tugas sebagai penerbit album. Beliau turut mendedikasikan sebuah lagu berjudul ‘Damai Di Sana’ buat Allahyarham Ahmad Firdaus bin Baharuddin atau panggilan mesranya Bob Nowseeheart yang merupakan bekas ahli kumpulan tersebut. Anugerah Nasyid IKIM.FM 2014 baru-baruini juga turut menobatkan Nowseeheart sebagai penerima Anugerah Artis Nasyid Berkumpulan Paling Popular.

Rekaletak kulit album yang ringkas dan minimalis dengan ilustrasi tona cahaya coklat benar-benar menggambarkan kematangan dan kualiti kulit album yang keenam ini. Album terbitan Inteam Records Sdn Bhd dan diedarkan bersama Sony Music Malaysia ini dijual dengan harga mampu milik iaitu RM 19.90 kini boleh didapati di seluruh rangkaian kedai buku seperti di Popular dan MPH serta rangkaian kedai muzik dan buku Islam yang lain.

Lebih mudah pembelian secara atas talian di www.inteammobile.com juga boleh dimuat turun melalui aplikasi iTunes, Spotify dan Amazon. Nowseeheart mengharapkan album Katakan menjadi inspirasi buat semua agar menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang pada masa hadapan.

KONSERT DOA LANGIT DAN BUMI

“Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit hentikanlah dari curahan hujanmu.” - Surah Hud: 44

Surah di atas inilah yang bermain di minda Datuk Ramli Sarip sepanjang perjalanan di Kuala Krai, Kelantan. Setibanya di Kampung Pasir Era dan melihat keadaan kampung yang teruk dilanda banjir, beliau teringat semasa mela:wat Melauboh, Aceh sepuluh tahun lalu, ketika Aceh dilanda tsunami. Beliau mengikuti misi bantuan mangsa tsunami bersama Mercy Relief, Singapura ketika itu.

Di kunjungan kali ini, beliau bersama rombongan Kumpulan AmBank dalam misi bantuan mangsa banjir. Datuk Ramli mengiringi Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan AmBank yang menghulurkan bantuan kepada dua buah kampung di Kuala Krai bersama Pegawai dan sukarelawan AmBank.

Banjir yang melanda sebahagian besar negeri Pantai Timur adalah tragedi buat Malaysia kerana ia membabitkan korban nyawa, harta benda, malah tempat tinggal apabila segalanya hapus dengan sekelip mata. Sememangnya setiap tahun negeri-negeri di Pantai Timur akan berdepan musim banjir tetapi musibah kali ini dianggap yang terburuk dalam sejarah.

Di Kuala Krai inilah tercetusnya ilham KONSERT DOA LANGIT DAN BUMI. Hasil penjualan tiket konsert amal ini akan mengisi tabung pembangunan pasca banjir di bawah jagaan pihak Kumpulan AmBank. Perbincangan bersama Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Kumpulan AmBank dan Datuk Maxson Abdullah, CEO Putra World Trade Centre (PWTC) sangat memberi semangat kepada seniman ini yang mana keduanya tanpa ragu-ragu terus bersetuju untuk membantu.

Kumpulan AmBank akan menaja kos produksi, pemasaran dan mempromosi konsert manakala pihak PWTC akan menanggung semua kos tempat acara, termasuk makan dan minum artis dan team produksi konsert.

Beberapa Syarikat Bumiputra juga turut membantu, antaranya Marhaen Productions Sdn Bhd yang telah menyumbang pembikinan tshirt khas untuk konsert dan hasil pendapatan akan disalurkan untuk dana konsert. Selain dari itu, Paravue Sdn Bhd, Warisan Sound, Mewah Event, Gua Orang Lama dan ramai lagi akan turut serta.

KONSERT DOA LANGIT DAN BUMI akan berlangsung pada Ahad, 22 Februari 2015, jam 2.30 petang di Dewan Merdeka, PWTC. Artis-artis yang akan turut serta ialah Dato’ M Nasir, Awie, Ella dan Dato’ Hattan. Persembahan selama dua jam setengah akan mendapat liputan secara langsung di NTV7.

Pemuzik tanahair yang akan mengiringi konsert ini ialah:
Man Kidal Gitar I
Aji Samin Gitar II
Tom Anuar Dram
Fauzie Zain Gitar Bass
Rozario Rasul Kibod I
Uda Kibod II/Violin/Accordian Paang Zaman Perkusi I
Boy Razli Flute/Gambus

INFO TIKET: Tiket-tiket berharga RM153.00 boleh didapati: Pembelian online: www.ilassotickets.com atau hotline 03-79576088 atau ROCK CORNER: The Curve, Subang Parade, Mid Valley dan KLCC, RIP CURL: KLCC, Ferenheit 88, Bangsar Baru, Wangsa Walk, Sunway Pyramid, One Utama, VICTORIA MUSIC STATION: Sg Wang Plaza, Tropicana City Mall dan Amcorp Mall, ACOUSTIC MUSIC STATION: Pertama Complex Tel: 03-26944260, PJ LIVE ARTS CENTRE dan PUTRA WORLD TRADE CENTRE

Konsert diurus oleh: RASAMUSIC SDN BHD. Tel: 03 7773 0677/013 2633938 atau rasamusic91@gmail.com

Monday, January 19, 2015

[ULASAN FILEM] SUAMIKU ENCIK PERFECT 10

Sebelum filem SEP10 ditayang, saya ada berperasaan begini sebagaimana juga rakan yang lain : Ada promo aku tengok tadi 'AKAN DATANG' ke pawagam lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani berjudul "Suamiku Encik Perfect 10". Errr... cerita macam ni tak perlu dibuat untuk wayang kot? Kan cukup sesuai untuk telemovie atau drama aje? Tak ada beza langsung dengan siri tv Ariana Rose, Rindu Awak 200%, dan lain-lain yang mana seperti juga SEP10, turut diadaptasi dari novel. Bezanya ialah susah nak tengok Aaron mahupun Lisa berlakon drama sekarang ni.

Jadi itulah agaknya percaturan sang produser. Cerita standard drama saja, tapi barisan pelakon tu mempunyai mutu wayang. Tak lama lepas tu raya esok dah main di tv tanpa saya sedar SEP10 sememangnya material direct-to-tv melihatkan pada cara persembahan dari perletakan watak, plot, lakonan, sinematografi, hinggalah ke skor filem yang pada saya jauh benar jika hendak dibandingkan dengan Manisnya Cinta di Cappadocia arahan Bernard Chauly. Bernard ada mata yang membuatkan karya chic lit Melayu yang popular seperti Manisnya Cinta dapat diterjemah secara sinematik dengan berjaya sekali. SEP10 pula sebaliknya. Di tangan pengarah Feroz Kadir, SEP10 amat memenatkan saya kerana SEP10 asalnya ialah telemovie dua episod untuk siaran tv yang terpaksa disunting dengan crucial sekali buat ada banyak perkara yang terganggu dengan plot yang melompat di sana sini. Malah 'PERFECT 10' pada tajuknya pun saya tak berapa jelas kenapa ia digunakan kerana ia hadir sekali dua saja pada skripnya (selepas disunting) yang saya kira lebih signifikan jika ia dirujuk pada novelnya (Perfect 10 ada dua maksud saja pada saya, samada ianya merujuk pada Zarief lakonan Aaron yang pakai produk Safi Balqis Perfect 10, persis Suamiku Encik Sotong ataupun Perfect 10 yang merujuk pada,... ehem, majalah dewasa di UK).

Jika filem SEP10 ialah sebuah buku (no pun intended, memang asalnya ia sebuah novel) maka saya akan jadi seperti Pat lakonan Bradley Cooper di dalam filem Silver Linings Playbook yang membaling buku Ernest Hemingway ke tingkap sehingga berkecai sambil mengeluarkan kata kesat sebelum mengejutkan ibu bapanya seawal 3/4 pagi kerana sangat tidak berpuas hati dengan isi kandungan buku yang dibacanya, sebagaimana saya yang sangat bengang dengan cara watak utama Aleeya Azmeen dan Zarief Danial ditulis yang saya rasakan bodoh mulai awal cerita lagi dengan perkembangan watak yang menyesakkan yang buat saya fikir SEP10 mungkin berbeza jika Bernard Chauly yang menggarap karya ini ke layar perak.

SEP10 dihasilkan untuk pasaran, kerana ada permintaan untuk premis Suamiku ini yang mungkin akan berakhir jika satu hari nanti akan berlakunya adaptasi filem untuk novel yang bertajuk IKAN PAUS DALAM KULIT ALBUM BAND PROG METAL YANG BERNAMA MASTODON ITU SUAMI AKU.

Tropfest South East Asia 2015

The world's largest short film festival returns to Penang on February 1!

Tropfest South East Asia is FREE to attend, so grab your friends and family join us for a celebration of great stories and talented storytellers!

The live event features live music, delicious food and the world premiere of 16 incredible short films.

As mentioned in their official website: "Make a trip out of it and get the best out of Penang – we have a whole week of film-related events taking place in the run-up to festival day. Enjoy our film showcases and signature film forum, Roughcut, while soaking up the sun and unique heritage of Penang Island."

Info: http://tropfest.com/sea/

Saturday, January 17, 2015

[ULASAN FILEM] Into The Woods

ULASAN: Into The Woods ialah sebuah persembahan filem komedi muzikal yang menarik kerana didepani pelakon-pelakon yang hebat seperti Meryl Streep, Anna Kendrick, Emily Blunt dan Johnny Depp (sebagai The Wolf yang saya kira kejam gila, bukan sebab wataknya yang sememangnya kejam tetapi kerana penampilan Depp yang sekejap sangat, tak padan dengan posternya bak pelakon utama). Into The Woods bermula dengan "I Wish" nyanyian watak-watak dongengan dari teks Brothers Grimm tapi berakhir dengan not-so-happy-ending untuk empat watak utamanya, kontra dengan gaya penutup 'happily ever after' Grimm. Anda harus beri perhatian pada setiap perbualan mereka yang diadun dengan nyanyian watak-wataknya yang sering berkait di mana mereka disatukan di sebuah hutan. Nyanyian "I wish..." watak-wataknya menjadi tunjang cerita di mana adakalanya tak semua yang kita inginkan itu baik untuk kita.

Plot berkisar dua watak utama, pembuat roti dan isteri yang mahukan anak, tanpa sedar ketidak suburan isterinya disebabkan disumpah oleh jiran mereka, si ahli sihir sebab ayah si pembuat roti mencuri sesuatu dari ahli sihir. Ceritanya berlaku dalam dunia dongengan Brothers Grimm malahan kisah si pembuat roti dan jirannya ada rujukan dari Rapunzel seawal filem lagi.

Maknanya, filem ini menuntut pemahaman anda pada teks Brothers Grimm, sebagaimana anda tonton siri tv 10th Kingdom atau novel grafik, Fables tulisan Bill Willingham. Tanpa pemahaman ini, anda mungkin terpinga-pinga dan sedikit tersesat kerana ada babak-babaknya mengambil jalan pintas, sebagai contoh, adegan Cinderella di majlis tari menari ditiadakan untuk memberi penekanan pada plot tunjangnya.

Saya suka filem ini sebab ia make fun of these characters melalui nyanyian mereka. Contohnya dua watak putera. They never take it seriously, malah tak ikut standard Disney langsung yang mana watak-watak ini selalu digambarkan 'macam bagus' sedangkan ia ada menunjukkan kedangkalan watak ini melihatkan cara ia sering dipersembahkan sebelum ini (Disney cuba mengubahnya melalui Frozen dan Maleficent). Perlu difahamkan juga yang Into The Woods berasal dari persembahan komedi muzikal  Broadway karya Stephen Sondheim dan James Lapine (kedua-dua mereka menyumbangkan lagu dan lakonlayar pada filem ini). Tak semua rasanya dapat menerima sebuah filem muzikal sebegini walaupun anda menyukai filem berdasar kisah dongeng namun pada saya, Into The Woods tetap sebuah filem yang seronok ditonton.

Filem Into The Woods telah mula ditayangkan di pawagam serata Malaysia mulai 15 Januari lalu, edaran Walt Disney Studios Malaysia.

PLOT: Filem yang diarahkan oleh Rob Marshall ini mengisahkan tentang seorang ahli sihir yang memberikan pengajaran penting kepada pelbagai watak popular kegemaran kanak-kanak seperti Little Riding Hood, Cinderella, Jack dan Rapunzel. Filem komedi fantasi ini dibintangi oleh Meryl Streep, Johnny Depp dan Emily Blunt.

Klasifikasi: P13
Genre: Fantasi / Muzikal
Tarikh Tayangan: 15 Januari 2015
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Rob Marshall
Pelakon: James Corden, Emily Blunt, Anna Kendrick, Meryl Streep, Johnny Depp

[ULASAN SIRI TV] Seludup (MAYA HD)

Tertonton drama bersiri ni kat Maya HD tadi. Dah episod 5. Macam mana boleh terlepas pandang cerita ni? Siri TV 12 episod (rasanya) terbitan Jehan Miskin ni dibintangi oleh top star Malaysia: Nam Ron, Pekin Ibrahim, Tizz Zakyah, Raja Ilya, Shafie Naswip dan ramai lagi.

Tengok dah separuh tadi. Ada 2 - 3 cerita dalam siri tv ni.

1. Pekin yang terpaksa bekerja dengan Nam Ron (gangster)
2. Shafie Naswip yang jual barang ciplak kat sekolah (kalau tak silap).

Akhirnya ada gak cerita yang lari dari tema "SUAMIKU".

Macam filem Songlap + Langgar.

[ULASAN FILEM] The Hundred-Foot Journey

ULASAN: Sedikit pesanan (atau amaran) sebelum anda tonton The Hundred-Foot Journey: makan dulu. Tak kisah la sikit ke banyak, tapi makan. Indian food, French cuisine or both. Jangan jadi macam saya tak makan sebelum tonton. Akibatnya, it's torturing. Sebab banyak sangat masakan yang sedap-sedap. This roti nan at Husen Cafe, KL Central however is a bliss. Charlotte Le Bon nampak macam pandai masak, gigi terjuih.

Berbalik pada The Hundred-Foot Journey, saya melihatnya seperti Life of Pi, tetapi Pi yang melalui jalan darat, bukannya laut. Kedua-dua keluarga Kadam dan Pi, mereka berhijrah ke tanah asing, ke tempat yang berbeza budayanya dan mereka perlu adapt. Cuma cerita yang satu lagi berlaku tragedi di tengahnya. Dan kita membayangkan bagaimana jika kejadian itu tak berlaku melalui The Hundred-Foot Journey.

Seorang rakan menyebut betapa filem ini amat dekat dengan jiwanya kerana dia sendiri memang suka memasak dan cipta resepi baru. Dulunya dia memang ada kendalikan kedai makan, buat karaoke tetapi lepas tu dianiaya di mana ada yang buat laporan polis pasal bunyi bising di kedai. Maklumlah, karaoke buka operasi sampai jam 3 - 4 pagi. Tak cukup dengan itu dipanggil cawangan Bukit Aman kerana PATI. Maksudnya mana-mana tempat/negara pun gejala Phd tetap wujud seperti juga yang ditonjolkan dalam The Hundred-Foot Journey. Dalam filem ini juga ada unsur-unsur gangsterisme tapi untuk orang-orang kita, gengster yang dihantar itu adalah dalam bentuk syirik. Yang pasti, banyak moral dan intipati dalam The Hundred-Foot Journey yang masih belum digali. Filem ialah refleksi kehidupan kita. Selagi kita jujur dan ikhlas, nothing else matters.

Xxx

PLOT: Dari pengarah Chocolat, premis filem ini ialah imigran India yang membuka restoran makanan India di Perancis dan bersaing dengan restoran mewah Perancis di seberang jalan. Drama-komedi berdasarkan novel dengan tajuk yang sama. Rating average saja tapi dah tengah lapar. 

Pengarah: Lasse Hallström
Lakonlayar: Steven Knight
Berdasarkan novel The Hundred-Foot Journey tulisan Richard C. Morais
Lakonan: Helen Mirren, Om Puri, Manish Dayal, Charlotte Le Bon
Muzik: A. R. Rahman
Sinematografi: Linus Sandgren
Suntingan: Andrew Mondshein
Studio: Touchstone Pictures, DreamWorks Pictures, Reliance Entertainment, Participant Media, Image Nation, Amblin Entertainment, Harpo Films
Edaran: Buena Vista / Walt Disney Studios Malaysia
Tarikh tayangan: 28 Ogos 2014

Thursday, January 15, 2015

CARMEN IN DANCE at DEWAN FILHARMONIK PETRONAS

Celebrating the 140th Anniversary of Bizet’s Carmen this January 2015!

CARMEN IN DANCE

The MPO’s Carmen Festival kicks off with a ballet derived from Bizet’s beloved opera. In 1967 Russian composer Rodion Shchedrin created his own reworking of Carmen for his famous ballerina wife. The orchestration is startling to say the least: it omits all wind instruments but requires nearly 50 percussion instruments!

Come experience this exciting production choreographed by Malaysian Wan Chin Choong, Artistic Director of Danceworks and performing as Carmen, the famous ballerina Yuan Yuan Tan only at DEWAN FILHARMONIK PETRONAS!

FRIDAY, 16 JANUARY, 8:30pm
SATYRDAY, 17 JANUARY, 8:30pm
SUNDAY, 18 JANUARY, 3:00pm

Ticket Price: RM320 | RM280 | RM200 | RM100 Buy ticket: http://mpo.com.my/62-carmen-in-dance/

--

MPO’s Carmen Festivals includes 'Carmen For The Family' and 'Bizet’s Carmen' as follows:

CARMEN FOR THE FAMILY
SAT 24 JAN 3:00pm
SUN 25 JAN 3:00pm

Ticket Price: RM80 | RM70 | RM50 | RM30 Buy ticket: http://mpo.com.my/63-carmen-for-the-family/

BIZET’S CARMEN
WED 28 JAN 8:30pm
FRI 30 JAN 8:30pm
SUN 1 FEB 3:00pm

Ticket Price: RM320 | RM280 | RM200 | RM100 Buy ticket: http://mpo.com.my/64-bizets-carmen/

(Become a subscriber when you buy a minimum of any 5 concerts across all series to enjoy 20% off and other special privileges.)

You may also purchase the tickets by visiting our Box Office at Ground Floor, Tower 2, PETRONAS Twin Towers, KLCC or call 603 2331 7007 or visit our website for more details - http://www.mpo.com.my/

Sunday, January 11, 2015

#menentangkejahatankpop : Gadis bertudung rela dipeluk artis KPOP tanpa malu dan segan hingga hilang maruah diri

Dipeluk secara berjemaah dan sungguh hina. Mencemar kesucian islam. Kpop jahat. Gadis bertudung yang bodoh.

Kenapa budaya kpop perlu diharamkan? Baca entry2 dibawah dan fahamkan...

sekolah Kpop, #SMKPOP yang bodoh dan kenapa ia perlu dibendung : ( Twitter Trending ) : http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/08/kais-love-bite-azuin-dan-sekolah.html

AHHH.... KPOP LAGI. TAK HABIS-HABIS DENGAN KPOP.... : http://ohbloglagi.blogspot.com/2013/05/ahhh-kpop-lagi-tak-habis-habis-dengan.html

Ayuni ( @ayuni0701 ) mahu patahkan MyKad, tak mahu duduk Malaysia, pindah ke Korea hanya kerana Kpop dicerca dihina.... : http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/11/ayuni-ayuni0701-mahu-patahkan-mykad-tak.html

Nadia Zulaikha dan Jaa Hafiza benci Pakatan Rakyat dan lebih ganas daripada pengganas gara-gara Kpop : http://ohbloglagi.blogspot.com/2013/05/nadia-zulaikha-dan-jaa-hafiza-benci.html

Sam Bunkface di Shout Awards kutuk KPOP : http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/11/sam-bunkface-di-shout-awards-2012.html

#MalaysiaSaySorryToVixxAndNuest Kenapa saya boo kumpulan KPOP Vixx dan Nuest di Pavi tadi? : http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/11/malaysiasaysorrytovixxandnuest-kenapa.html

Budak2 Kpop punya mengamuk kena bahan sampai kata, "apasal Justin Bieber boleh plak?" Well, here's your fucking Bieber! : http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/09/budak2-kpop-punya-mengamuk-kena-bahan.html

Forum KPOP ; rosimah mohammad,kenapa orang anti u-kiss, berapa tinggi ahmad nabil, : googlism. http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/09/forum-rosimah-mohammad-kenapa-oarang.html

Mari menyanyi OPPA GANGNAM STYLE dengan abang Jem! : http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/08/mari-menyanyi-oppa-gangnam-style-dengan.html

Wau! KPOP Drone Doom Dubstepnya Raya! http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/08/wau-kpop-drone-doom-dubstepnya-raya.html

ZED ZAIDI VS KPOP, SCOTT PILGRIM STYLE! : http://ohbloglagi.blogspot.com/2012/06/zed-zaidi-vs-kpop-scott-pilgrim-style.html

Kpop Melayu MAX 24.7; CINTA 247 official video, kalah cinta 100 persen Mas Idayu! http://ohbloglagi.blogspot.com/2011/08/max-247-cinta-247-official-video-kalau.html

Thursday, January 8, 2015

[FILEM] Whiplash bakal tayang di pawagam Malaysia

Sejak penulis dengan editor pernah menulis dengan majalah muzik, kami memang 'sucker' akan filem muzikal atau tema dan isi utamanya ialah muzik. Kadang kala (atau selalunya) kami letak muzik di nombor satu dulu, barulah filem. Banyak kes, kami jadi 'cynical + critical bitch' apabila melibatkan filem yang longgar dari sudut runut bunyi dan skornya yang kami bahan habis-habisan. Kerana itu Guardians of the Galaxy dapat tempat di hati kami kerana kami melihatnya sebagai sebuah filem tentang 'mixtape', bukannya filem superhero. 2014 juga menyaksikan rilisnya beberapa filem bergenre muzikal mahupun dokumentari muzikal seperti Northern Soul, Frank (akan kami ulas), Muppets Most Wanted dan yang kami amat tunggu dan sedang berlegar di sirkit anugerah filem tahunan : WHIPLASH. Bakal ditayangkan di pawagam Malaysia Februari ini edaran TGV Pictures.

Memandang belum ada entry plot filem Whiplash di laman web Tupai, kami cuba ringkaskan plotnya: Miles Teller (anda akan ingat dia dalam filem Divergent yang mana bukan watak utama dan juga filem That Awkward Moment) membawakan watak Andrew Neyman, seorang pemain dram muda yang menyambung pelajaran di salah sebuah sekolah muzik yang terbaik di Amerika di mana tenaga pengajarnya, Terence Fletcher merupakan seorang jazz maestro (lakonan J. K. Simmons) di mana dalam Andrew mahu mencapai matlamat sebagai pemain dram yang penuh potensi, dia tidak melalui jalan yang mudah di bawah didikan Terence yang mementingkan kesempurnaan. Dengan kata lain, jika anda melihat trailer di bawah dan merasakan ianya satu menyeksakan bagi anda, maka filem ini akan menyeksakan anda.

Tarikh tayang: 5 Feb 2015
Genre: Drama / Muzikal
Pengedar: TGV Pictures
Studio: Blumhouse Productions / Bold Films / Right of Way Films
Pelakon: Miles Teller, J.K. Simmons
Lakonlayar dan arahan: Damien Chazelle

Vokalis baru MOJO menggantikan Aweera

Sejujurnya, kami tengah banyak kerja dan malas dan sampai bila-bila takkan tulis perkara seperti 'siapa vokalis baru MOJO? Mungkin Norman Abdul Halim kalau dah susah sangat, sebab seriously kami tak ambil peduli'***, dan bila kami jadi terlebih spesifik (tekan: filem+muzik+2014), maka kami temui filem di atas: DEATH METAL ANGOLA.

DMA dalam kenyataan di Facebooknya berbunyi 'the hardest hardcore is Angolan hardcore', filem dokumentari arahan Jeremy Xido dalam bahasa Portugis ini mendapat pujian melangit dari media US (91% di Rotten Tomatoes) sejak ia ditayangkan 7 November lalu, dan dicanang sebagai calon Academy Awards bagi kategori filem asing.

Plot (dipetik dari IMDB): DEATH METAL ANGOLA follows a loving Angolan couple, Sonia and Wilker, whose love for death metal music is bringing hope to the town and children of Huambo, and Angola as a country. The devastating reality of Angola's history of wars, and civil unrest has left the country's people torn, broken, and starving for something to give them peace. Sonia, and Wilker's dream to put on the first national rock festival ignites the emotions of the Angolan people, and helps them heal from the war stricken path Angola has left behind. This engaging reality of Angola touches the heart of the viewer, and sheds new light on a music genre that is not well understood.


*** bad PR is bad...

[FILEM] Teaser Trailer dan Poster Rasmi Ant-Man, Terbitan Marvel Studios

Paul Rudd bakal menyertai senarai terbaru adiwira Marvel Cinematic Universe melalui penampilannya sebagai Ant-Man di dalam filem yang bakal ditayangkan pada 17 Julai 2015, selain disokong oleh pelakon-pelakon lain seperti Michael Douglas, Evangeline Lilly dan Corey Stoll tapi sebelum itu kita saksikan dahulu teaser trailer di bawah yang menyoroti perjalanan Scott Lang sebelum dia menjadi adiwira.

Trivia Ant-Man sebagai persediaan sebelum anda menonton aksi penuhnya di layar lebar:
- melalui komik terbitan Marvel, Ant-Man ialah adiwira yang bertanggungjawab terhadap tertubuhnya kumpulan adiwira The Avengers.
- Ant-Man punya kelebihan untuk mengecilkan dirinya sebesar seekor semut tetapi dalam masa yang sama kekuatannya semakin meningkat.
- melalui teaser trailer, kita dapat melihat asalnya Scott Lang dengan kegiatan mencuri sebelum dipenjarakan. Selepas dibebaskan, dia bertemu dengan Doctor Hank Pym (Ant-Man yang asal sebelum Scott menggantikannya) yang menjadi mentornya di mana Hank dapat melihat potensi Scott sebagai bakal adiwira dengan sut Ant-Man rekaannya yang berteknologi tinggi. Hank juga mahu melindungi sutnya daripada pihak tidak bertanggungjawab yang bakal mengancamnya (dan seluruh dunia) jadi Scott dilihat sebagai calon yang sesuai dalam melindungi sut ini.
- Ant-Man dibintangi oleh Paul Rudd sebagai Scott Lang atau Ant-Man, Evangeline Lilly sebagai Hope Van Dyne, Corey Stoll sebagai Darren Cross atau Yellowjacket, Bobby Cannavale sebagai Paxton, Michael Peña sebagai Luis, Judy Greer sebagai Maggie, Tip "Ti" Harris sebagai Dave, David Dastmalchian sebagai Kurt, Wood Harris sebagai Gale, Jordi Mollà sebagai Castillo dan Michael Douglas sebagai Hank Pym.
- Peyton Reed (pengarah Yes Man) menggalas tugas sebagai pengarah yang dahulunya dipegang oleh Edgar Wright (Shaun of the Dead, Hot Fuzz) sebelum dia mengundurkan diri kerana perbezaan kreativiti semasa pra-produksi.

LINK:
FACEBOOK Marvel Malaysia
INSTAGRAM Marvel Malaysia
YOUTUBE Marvel Malaysia

Tuesday, January 6, 2015

[ULASAN FILEM] Taken 3

ULASAN: Jika diukur sebagai filem aksi semata, TAK3N lebih OK daripada filem terdahulu TAKEN 2 yang hilang jiwanya. For the sake of no-brainer action movie, ia  boleh diterima. Letup sana, terbalik sini but still, it's silly, silly, silly. Taken has been silly plotwise from day one lagi.

Jika ianya sebuah siri televisyen yang bernama Taken, maka TAK3N dah tak berapa nak 'taken' dah kerana TAK3N dah berubah menjadi sebuah filem fugitive. Definisi 'taken' sudah berubah (macam 'life has been taken' sebagai contoh). Jika anda boleh bersabar dengan cara pengarahan Olivier Megaton (yang mengambil alih kerusi pengarah dari Pierre Morel sejak Taken 2), maka anda akan suka dengan shot aksi yang sering bertukar-tukar angle kameranya setiap saat, ditambah dengan kamera bergegarnya yang pasti menyesakkan pengalaman sinema anda kerana anda tak sempat bernafas dan anda akan pening.

Namun anda tetap mahu menonton TAK3N jika apa yang saya sebut di atas sebagai filem fugitive buat anda mahu melihat sosok Liam Neeson sebagai Bryan Mills dalam kerangka filem-filem fugitive seperti North by Northwest, The Hitcher dan The Fugitive.

Xxx

PLOT: Selepas kejayaan filem Taken dan Taken 2, kini siri ketiga filem yang bertemakan aksi ngeri ini mengisahkan Bryan Millis yang telah dituduh sebagai seorang pembunuh, walhal dirinya tidak melakukan jenayah tersebut dan telah dirancang oleh pihak tertentu bagi menganiayai dirinya.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Thriller
Tarikh Tayangan: 8 Januari 2015
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pengarah: Olivier Megaton
Pelakon: Liam Neeson, Famke Janssen, Maggie Grace, Forest Whitaker

Sunday, January 4, 2015

ORANG KAYA BERKAT (O.K.B.) – USTAZ NORDIN JAAFAR

Ustaz Nordin Jaafar dikenali sebagai seorang artis bermula dengan sebuah album berjudul Mari Berdoa keluaran Inteam Records/EMI pada tahun 2007. Beliau adalah seorang menggubah dan penulis lirik berbakat yang mencipta lagu Bulan-bulan Islam untuk album AlarmMe – ALAMI (1999) dan lagu Doa Makan untuk album Raihan – TAWAKKAL (2006). Kedua-dua lagu tersebut telah dipilih untuk menjadi lagu utama untuk promosi album di Malaysia dan Indonesia. Beliau juga pernah memegang peranan sebagai vokalis utama kumpulan AlarmMe dan Raihan (menggantikan Nazrey Johari).

Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengurus Editor di Inteam Publishing Sdn Bhd. Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia seni, beliau telah menjelajah ke lapan buah Negara untuk membuat persembahan seperti Singapura, Indonesia, Perancis, United Kingdom, Kanada, Trinidad & Tobago, Dubai, dan Kuwait.

Kesemua surah, zikir, dan doa yang terdapat di dalam album ini diterbitkan oleh Zahra Publishing Sdn Bhd dan diedarkan oleh Universal Music Sdn Bhd. Album ini juga menampilkan Imam Muda Hassan Adli bagi mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa kekayaan.

Album ini diterbitkan bertepatan dengan kehangatan isu bebanan kos sara hidup iaitu kenaikan harga barangan dan GST yang bakal digunapakai pada tahun hadapan, memungkinkan keresahan di hati setiap rakyat Malaysia khususnya. Suka ataupun tidak, peningkatan kos sara hidup akan tetap terjadi. Sebenarnya, pilihan yang ada (terutamanya umat Islam) adalah dengan beramal soleh dan beriman dengan Allah bahawa Dia-lah sesungguhnya yang mampu memberkati dan menjamin rezeki para hamba-Nya. Allah berjanji bagi setiap lelaki atau wanita yang beramal soleh dan beriman kepada-Nya, akan beroleh kehidupan yang baik. ‘Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan’. (Surah al-Nahl: 97)

Justeru, terhasilnya produk ini adalah langkah bijak mengajak pendengar untuk mencari keberkatan dalam kehidupan. Secara tidak langsung, pendengar dapat beramal soleh sambil berhibur dengan lagu-lagu doa dan wirid harian secara santai. Hanya dengan mendengar produk ini dengan ikhlas selama 21 hari dan ke atas secara konsisten di waktu pagi dan petang, insya Allah pengamal akan dapat menyaksikan kesan yang positif dalam kehidupan. Album ini mengandungi amalan-amalan murah rezeki, perlindungan diri dan kesihatan.

Pautan:
Universal Music Malaysia
Facebook Universal Music Domestic
Facebook Iman Evi Sdn Bhd

The Gathering featuring Belle and Sebastian live at Singapore 2015

The Gathering presents their very first multi-artist line-up with 8 amazing acts:

Belle and Sebastian
Caribou
Temples
Charlie Lim
Tune- yards
Real Estate
How to dress well
Pleasantry

DATE: 14 February 2015,  Saturday, 1.30PM

VENUE:  Fort Canning Green @ Fort Canning Park 51 Canning Rise Singapore 179872

TICKETS: Early Bird: S$98 (LIMITED RELEASE), Standard:S$118, At the Door: S$150

*ticket prices includes GST. Add $3 processing fee per ticket.

Mark your calendars and get psyched. This is one event you won't want to miss!

Tickets will go on sale 17 December 2014 at: https://tickets.eventclique.com/thegathering/

About The Gathering: The Gathering is a new live music series by Forefront Asia that focuses on bringing in only edgy and uniquely brilliant live acts to Singapore. Follow The Gathering and look out for updates on the official The Gathering Asia website,Facebook and Instagram @thegatheringasia.

2015 SINGAPORE LANEWAY FESTIVAL

Prepare yourselves for the 2015 Laneway Festival line-up. Featuring a mix of Singaporean, Malaysian and international acts, the Singapore event will host perhaps its strongest line-up to date.

Following a successful 2014 event with a crowd 10,000+ strong, Laneway Festival Singapore returns to the idyllic setting of The Meadow at Gardens By The Bay for the fifth year running.

Into its eleventh year in 2015, St. Jerome's Laneway Festival has expanded into a seven-city music festival which has gained international following and acclaim, as well as an unrivalled reputation for programming new talents on the cusp of greatness. Having well and truly settled into its home in each state, the event is a true highlight on the Singapore, New Zealand and Australian music calendars.

Check out previously announced festival dates and venues along with our amazing early bird deals available from today until 16 October here.

THE LINE-UP (in alphabetical order): ANGUS & JULIA STONE • BANKS • CHET FAKER • COURTNEY BARNETT • EAGULLS • ENTERPRISE • FKA TWIGS • FUTURE ISLANDS • .GIF • HANGING UP THE MOON • JUNGLE • LITTLE DRAGON • LYKKE LI • MAC DEMARCO • PASTEL LITE • POND • ROYAL BLOOD • RUSTIE • ST. VINCENT

TICKETS: Laneway Festival Singapore 2015 tickets on sale now. Visit http://laneway.eventclique.com and http://www.sistic.com.sg/events/lane0115 information on early bird promotions.

DATES / VENUE: Saturday 24 January @ THE MEADOW, GARDENS BY THE BAY, SINGAPORE

It's been a decade since Danny Rogers and Jerome Borazio threw a party in a 'colourful' alley in the backstreets of the Melbourne CBD, and called it a festival. During this time, Laneway has hosted some of the world's best artistes before they went on to become major stars.

In 2015, Laneway Festival Singapore returns to the spacious pastures of The Meadow, Gardens By The Bay. An urban music experience like no other, Laneway Festival Singapore will continue to define itself with its A+ line-up, carnival-like atmosphere, amazing food and beverage stalls, and fun activity stations. And we cannot wait.

Ticket Pricing (Excludes Booking Fee):
Standard : S$165
Double Trouble : S$148.50 per ticket
Fantastic Four : S$145 per ticket
Dirty Dozen : S$137.50 per ticket

Rating / Age Limit:
- No admission for infants in arms and children below 6 years old
- Children 6 years and above must purchase a ticket for entry
- Admission is subject to wristbands produced at the entrance
- There will be no collection of wristbands at the door. All wristbands will be either sent out by registered mail, courier or redeemed during pre-festival collection. Should you require assistance, contact us at +65 6348 5555
- Only those 18 and above will be served at the bar.

Terms & conditions apply: http://singapore.lanewayfestival.com/2015-event-terms-and-conditions-singapore/

Photography / Video Recording Rules :
- Members of the audience shall not be allowed to videotape, record or photograph any part of the performance other than with a personal cell phone device
- If a member of the audience is found in violation of this provision, Producer/Artist reserve the right to demand that Ticket Purchaser deliver any recorded media to Producer/Artist and remove such audience member from the venue.

Saturday, January 3, 2015

Zikir Pagi & Petang – IM Hassan Adli

Imam Muda Hassan Adli merupakan nama yang tidak asing lagi dalam bidang muzik bertemakan ketuhanan. Menggunakan gelaran Imam Muda, beliau adalah juara rancangan realiti Imam Muda musim ke-2 yang disiarkan di Astro Oasis. Suaranya yang merdu pasti memukau sesiapa sahaja yang mendengar alunan zikir beliau.

Kesemua surah dan zikir yang terdapat di dalam album ini diterbitkan oleh Iman Evi Sdn Bhd dan dialunkan oleh IM Hassan Adli. Pendengar khususnya peminat alunan suara IM Hassan Adli pastinya akan terpukau mendengar kelunakan alunan surah-surah dan zikir-zikir yang terdapat dalam album ini.

Zikir Pagi & Petang sarat dengan zikir-zikir yang pasti menenangkan jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. IM Hassan Adli mahu menerapkan nilai-nilai positif supaya album ini dapat menarik minat pendengar untuk sama-sama berzikir dan menambah amalan mereka. Beliau menyifatkan Zikir Pagi & Petang adalah sebuah album yang dapat membuka minat umat Islam untuk kembali beramal walaupun sibuk mengejar dunia.

Album Zikir Pagi & Petang memuatkan surah-surah lazim, dan zikir-zikir untuk amalan pada waktu pagi dan petang.

Pautan:
Universal Music Malaysia
Facebook Universal Music Domestic
Facebook ImanEvi Sdi Bhd

Datuk Sharifah Aini – Abadi Dalam Kenangan

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini merupakan seorang penyanyi tersohor dalam persada seni negara. Pemergian beliau pada tanggal 5 Julai 2014 merupakan sesuatu yang tidak dijangka oleh peminat dan penggiat seni serta dianggap sebagai kehilangan yang besar dalam industri muzik tanahair. Bagi menghormati dan mengenang kembali perjuangan seni beliau, pihak Universal Music Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula lagu-lagu terkenal penyanyi yang pernah dikenali sebagai 'Sparkles Diamond of EMI Malaysia' ini di dalam album – Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan.

Album yang sarat dengan nilai sentimental ini pastinya dapat mengimbau kenangan bagi penggemar muzik Datuk Sharifah Aini. Pihak Universal Music Malaysia mahu menerapkan nilai-nilai positif supaya album ini bukan sahaja boleh didengar oleh peminat muzik beliau malahan boleh menarik minat lebih ramai golongan muda untuk menghargai hasil seni Biduanita Negara ini. Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan adalah sebuah album yang mengumpulkan setiap cebisan kehidupan Sharifah Aini di dalam industri muzik semasa zaman kegemilangan beliau.Istimewanya album ini adalah penggunaan teknik 24-bit remastering di dalam pembikinannya. Universal Music Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan semula lagu-lagu EMI dalam format 24-bit remastering supaya lagu-laguini lebih enak didengar. Pendengar khususnya peminat yang meminati nyanyian lagu pop Sharifah Aini pasti merasa gembira dengan sesetengah lagu yang menonjolkan lagi kualiti nyanyian lagu-lagu di awal karier beliau.

Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan bukanlah hanya sebuah album kompilasi sebarangan, sebaliknya album ini merupakan suatu penghormatan buat Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Album ini mempunyai kesinanbungan bersama dengan Konsert Untukmu Sharifah Aini yang bakal mengabungkan artis baru dan lama ini akan diadakan pada awal 2015 kelak.

Ketika ditanya, pihak Universal Music Malaysia mengakui kesukaran dalam menghasilkan kulit album sesuai dengan permintaan Datuk Sharifah Aini sendiri yang enggan gambar-gambar lama beliau disiarkan kepada umum. Pihak Universal Music Malaysia berharap inisiatif mereka dalam mencipta kulit album yang dirasakan setanding dengan permintaan Datuk Sharifah Aini diterima ahli keluarga beliau.

Lagu-lagu dendangan Datuk Sharifah Aini terlalu banyak, dan hanya 30 lagu dipilih oleh para peminat, pemuzik, serta wartawan hiburan berdasarkan rekod jualan terbaik untuk dimuatkan di dalam album Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan. Antara lagu yang pernah dipopularkan oleh Datuk Sharifah Aini suatu ketika dahulu seperti Masa (Manan Ngah / Dr Wan Zawawi), Mawar Putih Untuk Mama (Syed Haron), Hapuslah Airmatamu (A. Riyanto), Cinta Dari Pandangan Mataku (Ahmad Nawab / Shaifah Aini), Jatuh Cinta (Rinto Harahap), Hatiku Melekat Di Hatimu (A. Riyanto), Semuanya Kerana Hadirmu (Manan Ngah /Seribayu), Tiga Malam (Lilis Suryani), Tiada Maaf Bagimu (Ahmad Nawab / Sharifah Aini), dan banyak lagi.

Datuk Sharifah Aini: Abadi Dalam Kenangan berada dipasaran dengan harga RM25.90 sahaja.

Pautan:
Universal Music Malaysia
Facebook Universal Music Domestic

Related Posts with Thumbnails