our sponsor

Followers

Monday, July 13, 2015

Duit raya dan Dana Bakti Remaja : PERMOHONAN MASIH DIBUKA

KUALA TERENGGANU: Rayuan semula permohonan bagi bantuan Aidilfitri dan Dana Bakti Remaja akan dibuka semula sehingga 31 Julai ini , kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Exco hari ini susulan lebih 14,000 permohonan bagi bantuan itu tahun tidak lulus berpunca daripada kegagalan individu memenuhi syarat ditetapkan termasuk berdaftar sebagai pemilih.

"Daftar sebagai pengundi adalah satu daripada syarat untuk kedua-dua bantuan berkenaan. Dalam mesyuarat Exco hari ini, kita bersetuju untuk membuka balik rayuan permohonan melalui laman web http://danattb.terengganu.gov.my/ sehingga 22 Julai ini..

"Mereka yang permohonannya gagal boleh membuat rayuan semula dengan syarat mereka terlebih dahulu mendaftar sebagai pemilih," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman hari ini.

Katanya, untuk tahun ini, kerajaan negeri menerima sebanyak 221,296 permohonan bagi bantuan raya dan 120,785 permohonan untuk Dana Bakti Remaja dan daripada jumlah itu sebanyak194,240 diluluskan untuk bantuan raya dan 104,861 untuk Bakti Remaja.

No comments:

Related Posts with Thumbnails