our sponsor

Followers

Friday, November 18, 2016

[FOTO] Anak Jamal Ikan Bakar Sekinchan a.k.a Jamal Pak Tongkol Baju Merah

Anak Anak Jamal Ikan Bakar, Jamal Ikan Bakar.

Sayang hidungnya belum berdarah.



Anis Syafiqah Mohd Yusof ditangkap polis : BERSIH 5.0

Polis sedang mengepung rumah aktivis pelajar Anis Syafiqah Mohd Yusof di Petaling Jaya untuk menangkap dia.

Sehari sebelum BERSIH 5.0

Sumber: Facebook kartunis Zunar.

Monday, November 7, 2016

Critics hit back at Nora Danish hits back at critics for looking down on her proposal

Message distorted how?
Did you or did you not make the statement?
Simple.
When someone says their statement was"distorted", "misquoted" or "out of context" ... it's highly likely you said it and now just don't want to look stupid.

So Rakyat kena tanggung make up korang?
F U Nora Danish. Gila ke apa?
I don't even like Malay movies / TV series / songs etc.

Rosmah Mansor pun tak openly cakap suruh Rakyat tanggung rambut dia.
Nora Danish nak kita tanggung make up dia.
Podahlah!

Thursday, November 3, 2016

Kuih Putu Buluh Paling Sedap. Ahh......

Kalau dapat putu buluh ni, makan tak habis.. Lapar wei!
Kat mana orang jual putu buluh ni?

Monday, October 31, 2016

Sarimah Jaafar mengutuk Nasi Lemak Anak Dara di Facebook

Kak Sarimah nak femes hari ni.

Kira ok la RM3.50. Nak sangat nasik lemak branded Nasi Lemak Anak Dara Official kan? Akak tau, kat KL jangan harap nak dapat RM3.50 tengah barang naik ni. Mau RM5-RM6. KOH KOH KOH! Kalau saya RM3.50 buat sendiri dapat side dish mac and cheese, greek salad dan kupon Starbucks.

Anak dara pun bagitau di Facebook kesihatannya tak mengizinkan. Mungkin tukang kebun sekolah di hadapan rumahnya yang gantikan buat nasi lemak itu.

Kan lebih baik jika bincang dan terus-terang tentang hal nasi lemak tu. Buat apa nak AIB kan orang lain??? Tapi ye la zaman sekarang VIRAL DULU, BINCANG KEMUDIAN.

Maaf sekadar peringatan. Kita sesama islam digalakkan ikhlas di dalam apa² pun. Pada saya yang bermasalah patut berbincang dengan peniaga, kalau betul jujur untuk menegur. Bukan viral macam ni. 

Ingat jangan sesekali menutup periuk nasi org. Tak takut ke kalau periuk nasi kita ditutup Allah nanti. Menegur biar ikhlas untuk membina bukan menjatuhkan.

Bagi peniaga pula, bila Allah dah permudahkan jangan pula mengambil kesempatan. Meniaga perlu jujur, jangan taksub mencari keuntungan sampai lupa tanggung jawab. Akhirat nanti akan ditanya apa yang dilaksanakan didunia ni.


Pemansuhan peribahasa BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH

Pemansuhan peribahasa yang tidak boleh lagi digunakan:

*BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH.*

Ianya perlu ditukar kepada peribahasa baru:

*MENATANG, MINYOK NAIK PULOK DOHH..*

Berbalas pantun dedak dengan bijan #bajet2017

Dedak pun bukan, umpan pun bukan....

Jadahnye minyak semua naik ni setannn...

Firim @fifirimau yang bodoh dan tak sensitif [TWITTER]

Apa benda kau bodoh sangat ni?

Izinkan aku melempang dirimu.

Sunday, October 30, 2016

Effa Kasim pemakan dedak dikecam kerana sokong BR1M

Tu la salah seekor lembu yang sokong. Sampai tak reti apa. Duit brim tu duit rakyat. Cukai sana,cukai sini.
Orang bahlul macam ni jangan dilayan je...kita lak sama banggang...dah lebih makan dedak..ni jadinya..banggggggang...

Saturday, October 22, 2016

#gengmerufoodchannel : Nasi Lemak yang bukan Nasi Lemak Anak Dara tapi Harus Viral

Ini yang selayaknya untuk kita viralkan..
KEKURANGAN BUKAN HALANGAN..
#gengmerufoodchannel
Nasi lemak, kuih muih dan lain lain..
Setiap hari isnin hingga jumaat..
Jalan Restu 2, Taman Sri Putri, Meru..
Nama dia Firdaus, sama macam saya..
Tapi dia lebih rajin..
semangat lebih tinggi..
Jom support ramai2 !

Poster filem THE WAILING edisi UK

Poster filem THE WAILING untuk pasaran UK mulai 25 November ini.

THE WAILING kini di pawagam edaran 20th CenturyFox.

Tuesday, September 13, 2016

Ulasan filem REDHA

"Anak buah aku bukan bodoh la BODOHHHHH!!!!"

Terbaik. Redha. Sangat baik!!!!

Dah habis tonton. Linangan airmata sepanjang menonton. Lakonan watak kanak-kanak autism tu sangat cemerlang. Good job Tunku Mona Riza.

Saya tak malu menangis sepanjang menonton tadi. Cuma yang tambah menyedihkan, tidak ramai tahu tentang filem ini. Kami malah tidak lebih dari 20 orang. Apapun, ini naskhah penting buat rakyat Malaysia.

Mat rempits Terengganu Emy dah mati

Takziah buat arwah Emy.
Inalillah.
Arwah baik orangnya.

Tuesday, September 6, 2016

Bila Safiey Ilias disangka Saffi Sali

" Enchek! Labi tak tahu jangan-jangan dia pondan tak! " - Labu

Labu : " Ada seringgit pak enche..!!! "

Haji Bakhil : "Seringgit..?? Bagus..Berikan pada enche ni.."

Thursday, September 1, 2016

MEDIA CONFERENCE IN CONJUNCTION WITH THE SIGNING CEREMONY OF MOA BETWEEN KAJ DEVELOPMENT SDN BHD & POWERCHINA INTERNATIONAL GROUP LIMITED

The Malaysian Investment Development Authority (MIDA) will be hosting a Signing Ceremony of Memorandum of Agreement (MoA) between KAJ Development Sdn. Bhd. and Powerchina International Group Limited on Thursday, 1 September 2016. The MoA is for the investment, development and construction of the Melaka Gateway Project.

YB Dato' Sri Mustapa Mohamed (Minister of International Trade & Industry), YB Dato' Sri​ Liow Tiong Lai (Minister of Transport), YB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron (Chief Minister of Melaka), HisExcellency Dr. Huang Huikang (China's Ambassador to Malaysia) as well as the top management of KAJ Development and Power China International Group will grace this event. A media conference will be held after the signing ceremony.

Details of the event are as follows:
Day/Date : Thursday 1 September 2016
Time : 3.15 pm
Venue : Perdana Hall, Level 10
MIDA Sentral, Kuala Lumpur

Programme
3.15 pm : Arrival and registration of Media
3.45 pm : Arrival of VVIPs
3.50 pm : Speeches by YB Dato' Sri Mustapa Mohamed (Minister of International Trade & Industry) and YB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron (Chief Minister of Melaka)
4.05 pm : Signing Ceremony between KAJ Development Sdn. Bhd. and Powerchina International Group Limited
- Exchange of MoA
- Photo Session
4.30 pm : Media Conference
Venue: Ruby Room, Level 10
- RefreshmentsVenue: Banquet Hall, Level 10

This opportunity will allow you to share with your readers a world class integrated development project which offers comprehensive range of business opportunities and thus, poised to attract more investments and increase tourists arrival to Melaka and Malaysia as a whole.


Amerul Affendi is the shiznit!

Amerul Affendi is the shiznit!

Saturday, June 18, 2016

Khai Bahar adalah Gay?

K
Kecoh la pulak pasal si Khai Bahar ni adalah g**. Hahaha.
Apa kata awaa plak .. is it true?
Tak tau la...tgh kumpul buku....hahahaha
Baru tau ke? Tonton videonya di sini: KLIK


Saturday, May 7, 2016

Penulis lagu Awan Nano kritik pedas buku indie

Tuliaan Hasmi Hashim di Facebook beliau: Sebuah makian untuk pelacur dan babi buku indie

Ada kawan bilang, jualan buku indie jatuh. Tak macam setahun lepas, sehingga ada yang sekelip mata jadi kaya. Aku percaya, kawan aku tak bohong. Jadi, kenapa jatuh?

Punca masalah besar buku-buku indie adalah bahasanya. Bahasa yang ditulis walaupun cuba-cuba jadi ragged, sedikit biadap, tapi segera menjemukan. Rata-rata buku indie sebenarnya tak punya gaya bahasa yang kuat. Cuma bahasa semborono saja.

Hei bajingan, “semberono” bukan gaya. Ingat! Semborono adalah sejenis kebodohan.

Tajuk buku indie juga mahu bikin gempak, walaupun gempak itu kadang bukanlah gempak sangat. Bukanlah gempak betul-betul. Hanya gempar kosong. Ia menjadi kosong apabila isinya lompong. Lebih kepada marah-marah yang tak tentu hala.

Sehingga menjadikan buku-buku indie tak lebih hanya ibarat “DBP-nya yang satu lagi.” Satu terlalu sopan sehingga kering, satu lagi terlalu bebas sehingga orang bodoh menulis pun diangkat sebagai penulis.

Aku kira, masalah besar di kalangan penulis yang so-call indie itu apabila mereka kurang pengalaman. Mereka bukan penulis betul-betul. Bukan penulis serius. Nak jadi penulis serius, bukan bererti perlu jadi macam penulis DBP. Sekali lagi bukan macam pengarang DBP. Bukan!

Kalau pun mereka membenci dan anti-DBP, tetapi sekali lagi dan sekali lagi mereka adalah DBP dalam bentuknya sendiri. Bodoh tetap bodoh. Tak pandai menulis perlu belajar menulis. Jangan asal ingat boleh menaip, maka boleh menulis. Aku tak faham. Tak faham bagaimana menulis pun jarang-jarang, setahun sekali, tetiba dah boleh jadi penulis? Kecelakaan apakah itu?

Maka keluarlah tajuk yang bukan main yo-yo, tentang pelacur dan tentang babi, tapi isi dalamnya juga tak lebih macam betul-betul pelacur dan betul-betul babi.

Aku sudah tengok, ramai yang konon hendak jadi penulis apabila jadi penulis bererti jadi popular. Jadi macam selebriti walaupun bakat mereka sebenarnya ciput.

Yang dilebihkan cuma gaya. Misalnya gaya rambut. Misalnya baju berbaju lusuh atau seluar rabak. Macam mana lusuh dan rabak sekalipun seluar dan baju mereka, itu tak menggambarkan fikiran mereka juga rabak. Tidak sama sekali. Sama sekali tidak.

Tak payah cakap aku tak sokong. Tak pernah sejak sekian lama, aku kritik buku indie. Jauh sekali mengkritik penulisnya. Cuma keadaan ini betul-betul membuat aku meluat. Meluat apabila mereka bukan serius untuk jadi penulis melainkan hanya hendak mengabiskan dakwat dan kertas untuk bercakap kepada pengalaman mereka yang cetek lagi sia-sia.

Mereka fikir pengalaman mereka itu hebat sangat. Padahal sampah. Atau lebih bacin dari itu.

Agaknya zaman bodoh lama digantikan dengan zaman bodoh baru. Pembodoh DBP digantikan pembodoh anarki yang tak bertuan. Maksud aku tak bertuan ialah, mereka tak ada rujukan. Mereka kurang membaca. Tiba-tiba sahaja mereka muncul dan jadi penulis.

Tidak lain hanya orang bodoh yang tidak mengetahui dirinya bodoh yang terus menulis tapi kurang membaca. Belum. Kritikan ini belum cukup pedas lagi. Ini hanya tak sampai lima peratus semburan aku berbanding aku yang dahulu.

Ini baru terlalu sedikit, atau tak selayaknya mereka aku kritik kalau ikutkan. Apabila kawan bilang, jualan buku indie jatuh, aku jadi kesian. Sebab itu aku marah. Aku meluat ketika orang gagal tetapi terus sombong dengan kegagalannya.

Konon itulah prinsip. Konon itulah idealisme. Itu semua bukan prinsip dan idealisme. Itu semua adalah ego tak bertempat. Bodoh sombong bak kata orang Melayu di kampung.

Dan orang ego tidak lain adalah tanda orang bodoh. Ia tak ada ubat lain, kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri. Tak perlu terlalu angkuh kalau setakat miskin pun ala-ala kadar sahaja. Menulis pun ala-ala kadar sahaja. Sedangkan di banyak foto yang dimuat naik, hanya gambar makanan tak habis-habis. Gambar di instra mereka sendiri cukup gambarkan mereka tidak susah apa-apa pun.

Mereka hanya poyo. Tak rebel mana pun. Hanya poyo. Mereka hanya gadungan dan menipu diri sendiri sebelum menganggap boleh menipu orang lain. Sebelum menganggap orang mahu mendengar bebelan di dalam apa yang mereka panggil sebagai ‘buku’ itu, lebih baik mereka fikir betul-betul sebelum datang orang kencingkan kubur mereka nanti.

Yang mereka terbitkan bukan buku. Ya! Itu bukan buku, itu durjana. Dengan itu, pergi mati!

Kau salah orang untuk diberi kasihan. Dalam kata lain, tak ada pun tak mengapa.

Friday, April 22, 2016

Makcik penjual tapai yang viral

Ketika kita merungut makanan makin mahal sampai kita rasa susah, makcik ini menyara hidupnya dengan menjual Tapai madu yang cukup murah. Mak cik ni jual 60 sen sebungkus. Bukan nak untung tapi nak meneruskan kelangsungan hidup, dia berbasikal membawa hasil jualannya.

Lokasi kat bukit merah.. Sama sama lah kita tolong mak cik ni supaya dimurahkan rezeki. Amin...

Monday, April 11, 2016

The Weekend Japanese Film Show in May – Osaka Hamlet

DATE: 7 May, 2016
TIME: 3.00 p.m.
VENUE: Auditorium, Content Malaysia Pitching Centre, Unit G09 & G10, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 50470, Kuala Lumpur
ADMISSION: Free

Osaka Hamlet
大阪ハムレット
(MITSUISHI Fujiro 光石冨士朗/2008/107 min)

The Kubo family is left to fend for themselves after the sudden death of the patriarch. A mysterious man soon moves in with them after claiming to be the dead father’s brother. The sons are puzzled by this unusual turn of events, but are then distracted by problems of their own. The eldest, Masashi, acts beyond his age to impress an older woman with daddy issues, whereas punkish middle child Yukio tempers doubts about his biological parents with a newfound appreciation for Shakespeare. The youngest, grade-schooler Koki, meanwhile dreams of playing Cinderella in the school play.

Based on an award-winning manga series, the film paints a heartwarming portrait of ordinary people facing extraordinary circumstances in a working-class district of Osaka.

// AWARDS & HONOURS //
❖ 64th Mainichi Film Award for Best Supporting Actor – Ittoku Kishibe
❖ 21st Tokyo International Film Festival Japanese Eyes Special Award – Ittoku Kishibe

Watch the trailer at https://www.youtube.com/watch?v=T8hemibkOjw

Official webpage: http://www.jfkl.org.my/events/wjfs-may-2016

THE WEEKEND JAPANESE FILM SHOW has been organised by The Japan Foundation, Kuala Lumpur (JFKL) regularly for over 10 years. The programme takes place every first Saturday of the month and is free of charge. All films are presented in Japanese with English subtitles.

Saturday, April 9, 2016

No Man’s Sky: Music for an Infinite Universe, album terbaru dari 65daysofstatic

Band elektronik-post-rock-math-rock dari Sheffield, 65daysofstatic telah melancarkan album terbaru mereka, No Man’s Sky: Music for an Infinite Universe yang merupakan sebuah runut bunyi untuk sebuah permainan video yang diusahakan mereka sejak 2 tahun lalu bersama pembikin permainan video yang berpangkalan di Las Vegas, Hello Games. Asalnya dinamakan 'project skycraper', album ini mengandungi 2 jam muzik yang dibahagikan kepada 10 karya asli dan 6 trek berupa 'soundscapes' . 

Pengumuman album yang merupakan lanjutan kepada album studio Wild Light (2013) ini dibuat melalui buletin rasmi mereka 65propaganda:

"A couple of years ago we were approached by video-game makers Hello Games to provide some original music for a new game they were developing, then known as ‘project skyscraper’, now known as 'No Man’s Sky', a sort of hyper-real, solitary waltz through a parallel universe in search of oblivion or whatever else feels appropriate in the face of the indifference of eternity."

"The game, close to completion and due for release this summer, is also procedural, meaning, for those of you who don’t ‘do’ games, that it generates itself algorithmically rather than manually and therefore is, to all intents and purposes, evil. In other words, it means that the parts of the game one journeys through are theoretically unique, built by the game itself, and you are experiencing them for the first time. And the idea was to create an audio engine that also generated unique instances of music, albeit from a central library of sounds. 65daysofstatic sounds."
"65daysofstatic had been angling for a soundtrack project of some description for a while, but this seemed a little too perfect: classic sci-fi aesthetics married with a scope both cinematic and simultaneously HD but lo-fi, with a nice loose analogy for human loneliness or human agency or human desire in whichever unevenly distributed version of the future you happen to live in."

Album ini bakal rilis pada 17 Jun 2016 dalam format digital dan fizikal dan boleh dipesan sekarang melalui label Laced Records: https://www.lacedrecords.com/?_e_pi_=7%2CPAGE_ID10%2C1953857899

Senarai trek:
Album One: Music for an Infinite Universe :-
M o n o l i t h
S u p e r m o o n
A s i m o v
H e l i o s p h e r e
B l u e p r i n t f o r a S l o w M a c h i n e
P i l l a r s o f F r o s t
E s c a p e V e l o c i t y
R e d P a r a l l a x
H y p e r s l e e p
E n d o f t h e W o r l d  S u n

Album Two: Soundscapes:-
N M S _ e xt e r i o r A t m o s 1 / f a l s e s u n s t o m o r r o w / l u l l / c e l e s t i a l f e e d b a c k d e p a r t u r e / s h o r t w a v e / n o i s e t e s t t e m p o r a l D i s s e n t / a s c e n s i o n _ t e s t 1 / k o a e c a x b o r e a l i s / c o n t r a s t e l l a r o u t l i e r / E O T W S _ V a r i a t i o n 1

Runut bunyi No Man’s Sky telah dirakam di Chapel Studios, Lincolnshire oleh Dave Sanderson dan Adam Sennitt, diterbitkan oleh 65daysofstatic dan Dave Sanderson, diadun di Castle of Doom, Glasgow oleh Tony Doogan pada awal 2015, dengan rakaman tambahan / 'red-light mixing' dibuat oleh 65daysofstatic. Mastering dilakukan di Abbey Road oleh Frank Arkwright.

Friday, April 8, 2016

Tribute peminat buat Allahyarham Mr. Os (1951-2016) [TAKZIAH]

Mr OS Ramai Peminat.

Semakin ramai artis sama ada penyanyi dan pelakon yang berlalu 'pergi'. Saya jarang terfikir perihal mereka, cukup sekadar ambil tahu beritanya.

Mr OS ini lain sedikit. Orang yang lahir awal 80an, biasa terhidang dengan filem lakonan Mr OS. Waktu petang selepas balik sekolah atau hari minggu, ada sahaja filem. Lazimnya lakonan bersama Hamid Ghurkha dan Salih Yaakob.

Sebagai kanak-kanak waktu itu, filem Otak Orang Kampung cukup terkesan walaupun tidak ada elemen CGI dan efek khas yang hebat. Cukup sekadar kisah kambing yang bercakap dan cerita Mr OS mengubat orang bisu dan sebagainya. Cerita langsung tidak logik. Bagi saya yang kecil ketika itu, ia sangat hebat.

Filem Jejaka Perasan itu cerita cinta muda-mudi. Kita budak ketika itu hanya tengok lawak Mr OS sahaja.

Antara lakonan yang terkesan di hati. Filem Adik lakonan Mustafa Kamal dan Mr OS. Beliau memegang watak seorang adik yang ada masalah mental. Cerita kegigihan seorang abang menjaga adik yang sedemikian bagi kanak-kanak ia mengesankan di jiwa.Apabila teringatkan Mr OS, lagu yang terngiang-ngiang di kepala.'Oh kome doghoyan udoh lughuh. Lebih baik cepat pegi suloh...' Pekat bebenor Peghok nye.

Generasi sekarang tidak mengenali Mr OS yang dulu. Filem lakonannya kisah masyarakat. Kisah manusia dihimpit kesusahan. Dihimpit kesedihan berpanjangan. Kisah kegembiraan di kampung-kampung dan rumah flat di bandar.

Mr OS bertenanglah di sana. Kami pula akan menyusul.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia. Ampunkan segala dosa-dosanya.

Inna Lillahi wa Inna Ilayhi Raji'un.

Oleh Ahmad Saifuddin Yusof

Monday, April 4, 2016

Akan datang: BEFORE I WAKE (TGV Pictures)

Mulai Khamis ini, filem American supernatural horror  terbaru edaran TGV Pictures, Before I Wake arahan Mike Flanagan, yang ditulis bersama Jeff Howard bakal memasuki pawagam Malaysia

Sinopsis: Filem lakonan Kate Bosworth, Jacob Tremblay, Annabeth ini mengisahkan tentang kejadian aneh dan mimpi ngeri yang dialami oleh sepasang suami isteri Jessie (Kate Bosworth) dan Mark (Thomas Jane) yang kehilangan seorang anak lelaki. Selepas mereka mengambil seorang kanak-kanak yatim piatu sebagai anak angkat, mereka mendapati apabila dia tidur dia akan mengalami mimpi ngeri yang teruk dan dia mendapati apa sahaja yang berlaku dalam mimpinya akan terjadi secara fizikal ketika dia sedang tidur.

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 7 April 2016
Genre: Ngeri / Seram
Durasi: 1 Jam 37 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Kate Bosworth, Thomas Jane, Annabeth Gish, Jacob Tremblay
Pengarah: Mike Flanagan

THIS IS ROCKIN SUNDAY : SIL KHANNAZ & THE PILGRIMS with special guest INFECTIOUS MAGGOTS

SIL KHANNAZ /THE PILGRIMS/INFECTIOUS MAGGOTS LIVE at HARDROCK CAFE Kuala Lumpur.

Date: 15 MAY 2016 (SUNDAY)
Time: 3pm til 6pm
Cover charge: RM65

Info: +603 2715 5556

Tuesday, March 29, 2016

[VIDEO] Pengakuan Pengantin Perempuan RM15K

Nahhh... jom kita dengar pengakuan sendiri dari bakal pengantin perempuan.. Rasa bersalah pulak kecam dia hari ni.. hmmmm..

Harap apa yang dia cakap ni dapat kita semua ambil iktibar.. kita ni baru dengar dari sebelah pihak... sebelah pihak lagi kita tak dengar.. Sedih...

With great technology, comes great responsibility. - Spider web

Monday, March 28, 2016

PUNCA PENGANTIN LELAKI DITUMBUK KERANA GAGAL SEDIAKAN WANG HANTARAN RM15,000 : PENJELASAN IMAM

KUALA LUMPUR - Susulan kes pengantin lelaki ditumbuk kerana tidak membayar baki wang hantaran seperti yang didakwa akhbar Kosmo! semalam, seorang ahli keluarga pengantin perempuan tampil berkongsikan penjelasan dari imam masjid berkenaan.

"Salam, saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak pengantin perempuan (kakak sepupu) tidak mahu komen atau bercerita panjang. Yang mana tidak tahu punca sebenar, janganlah menabur fitnah dan salahkah pihak perempuan.

Di sini, cukup saya tunjukkan kenyataan dari Imam masjid itu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian serta melihat sendiri apa yang berlaku dari awal hingga akhir kejadian. Itu saja yang saya mahu sampaikan," kata Wanie Azwani.

KENYATAAN IMAM:

Hari ini, sibuk berita di Kosmo! tentang gaduh di Masjid Khadijiah. Ramai orang bertanya pada saya, jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran.Tetapi pergaduhan berlaku kerana pihak pengantin lelaki yang bercakap dengan kurang ajar apabila pihak pengantin perempuan bertanyakan baki wang hantaran. Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang. Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak perempuan. Saya harap kenyataan saya betul kerana nak menjaga maruah Yazid kerana Yazid di bawah kariah saya, Shahrul. Sepatutnya yang selesaikan kes ini, Rashid Janggut kerana dia dilantik sebagai jurucakap (orang tengah). Kalau dia bertindak dan pandai menyelesaikan masalah ini, saya rasa takkan jadi cerita ini. Terima kasih. - Imam Masjid Khadijiah.

Sumber: PIXEL MEDIA dan Facebook Wanie Azwani.

Monday, March 14, 2016

Man Dayak (Lefthanded) meninggal dunia [SALAM TAKZIAH]

Kami di OHBLOGLAGI baru saja menerima berita kematian rakan pemuzik Man Dayak atau nama sebenarnya Rahman Othman, dikenali sebagai pemain dram kumpulan Lefthanded.

Salam Takziah buat buat keluarga Allahyarham Man Dayak,  semoga roh beliau dirahmati, diberkati dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber foto: MYSPACE

Wednesday, March 9, 2016

Peraduan selfie NORA DANISH

Hi Kawan-kawan, peraduan online OPPO #Selfident kini telah mula dengan mingguan ke-dua. Adakah anda ingin menjadi pemenang OPPO F1 ? Cepatlah memasuki peraduan hari ini melalui : http://oppomalaysia.com.my/selfident/

#OPPOF1 #OPPOxNora

Poster terbaru filem FINDING DORY

Poster terbaru filem animasi dari Pixar, FINDING DORY bersama tarikh rilisnya di US telah didedahkan.

Plot: Filem animasi ini merupakan kesinambungan kepada filem terdahulu,"Finding Nemo" yang ditayangkan pada tahun 2003. Filem ini bakal memfokuskan kepada karakter Dory dan membawa kepada penyatuan Dory dan keluarganya. Selain Dory, karakter kegemaran seperti Nemo, Marlin dan Geng Tank bakal menemui anda di pawagam. Filem arahanAndrew Stanton ini bakal menampilkan Ellen DeGeneres, Albert Brooks, Diane Keaton dan ramai lagi.

Tarikh Tayangan: 16 Jun 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Ellen Degeneres, Ed O'Neill, Ty Burrell, Kaitlin Olson, Albert Brooks, Eugene Levy, Diane Keaton
Pengarah: Andrew Stanton

Peraduan tayangan premiere filem SISTERS

Siapa pernah buat benda yang tak masuk akal dengan adik-beradik perempuan sendiri macam Tina Fey dan Amy Poehler? Hantar gambar gila-gila anda dengan kakak atau adik di Instagram dan hashtag ‪#‎SistersinMY‬.

10 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi sepasang tiket premier untuk menonton filem komedi ini! Peraduan berakhir pada 13 Mac, jam 11:59 malam.‪

‎Sisters‬ akan datang ke pawagam pada 17 Mac 2016 .

Terima kasih buat United International Pictures untuk tiket-tiket premiere.

Tuesday, March 8, 2016

DISNEY PIXAR: RATATOUILLE IN CONCERT at DEWAN FILHARMONIK PETRONAS

Enjoy a complete screening of Disney Pixar’s Ratatouille, enhanced by Michael Giacchino’s exhilarating score performed live by the MPO! This Academy Award winning film follows the adventures of Remy, a food-loving rat who longs to be a great chef in a rodent-phobic Parisian kitchen. The music for Ratatouille gave Giacchino his first Grammy Award for Best Score Soundtrack Album and features the pop song “Le Festin” (The Feast) by the wonderful French vocalist Camille.

FRIDAY 11 MARCH 2016 8.30pm
SATURDAY 12 MARCH 2016 8.30pm

Malaysian Philharmonic Orchestra Gerard Salonga, conductor

TICKETS: RM200, RM170, RM130, RM90 ( All listed prices are inclusive of GST. )

To purchase tickets, visit MPO Box Office at Ground Floor, Tower 2, PETRONAS Twin Towers, KLCC or call 603 2331 7007, you may also purchase online at: http://mpo.com.my/50-ratatouille-in-concert/

Visit our website for more details -http://www.mpo.com.my/

Monday, March 7, 2016

Pelancaran program Clever Girl Malaysia di TV3

RM 100,000 UNTUK YANG TERPINTAR, Negeri Manakah Memiliki Gadis Terpintar Malaysia?

Sesi uji bakat Clever Girl Malaysia yang telah berlangsung pada bulan Disember 2015 hingga Januari 2016,sudah pun membuahkan hasil. 14 orang Clever Girl Malaysia atau gadis terpintar dari setiap negeri di Malaysia akan mula bertanding demi merebut gelaran Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Stesen televisyen nombor satu Malaysia dengan bangganya memperkenalkan sebuah rancangan game show yang mencari gadis terpintar negara serta berperwatakan menarik untuk mewakili negeri kelahirannya. Clever Girl Malaysia akan ke udara pada setiap hari Ahad bermula 13 Mac 2016 nanti. Lebih mengujakan, Clever Girl Malaysia juga dibawakan khas oleh Lady’s Republic selaku penaja rasmi untuk rancangan ini.

Clever Girl Malaysia telah mengadakan sesi pencarian gadis paling pintar di Malaysia melalui dua platform utama iaitu ujibakat di lokasi dan melalui media sosial,Instagram. Sesi ujibakat Clever Girl Malaysia itu hanyalah terbuka kepada peserta perempuan warganegara Malaysia yang berumur dalam lingkungan 18– 30 tahun sahaja. Para peserta juga hendaklah mempunyai perwatakan yang menarik serta berpengetahuan luas. Sepanjang musim sesi pencarian Clever Girl Malaysia, kru penerbit Clever Girl Malaysia telah menjelajah ke Kota Kinabalu,Kuala Terengganu, Kuching, Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur demi mencari 14 orang peserta Clever Girl daripada lebih 1,000 penyertaan yang diterima.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Clever Girl Malaysia akan mengembalikan era program realiti berbentuk game show intelektual seperti ‘Who Wants To Be A Millionaire’ dan ‘Roda Impian’. Kami melahirkan Clever Girl Malaysia untuk memecah tradisi program realiti mencari bakat seni dan menjadi pencetus ‘trend’ dunia hiburan tanah air. Kami yakin bahawa Clever Girl Malaysia mampu pergi jauh kerana selain menyajikan program yang menarik untuk tontonan setiap malam Ahad, Clever Girl Malaysia juga akan menjadi sebuah program ilmiah. Tambahan lagi, Clever Girl Malaysia ini mampu menjadi sumber inspirasi kepada gadis-gadis kita untuk terus menempa kejayaan.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios merangkap pencetus idea Clever Girl Malaysia, Encik Ahmad Izham Omar, “Penerbitan Clever Girl Malaysia ini adalah untuk buktikan yang Malaysia mempunyai banyak gadis pintar di luar sana. Adalah menjadi tanggung jawab kami untuk mengetengahkan mereka dan letakkan mereka pada perhatian yang mereka patut perolehi. Kami menyahut cabaran untuk menyangkal kenyataan ‘Mereka yang rupawan,tiada akal’. Oleh itu, Clever Girl Malaysia ini juga bertujuan untuk membuktikan bahawa mereka yang rupawan juga wujud dengan intelek yang setaraf dengan rupa mereka.”

Xxx

Clever Girl Malaysia sebuah game show kerana ia tidak menggunakan apa-apa sistem undian. Sebaliknya setiap peserta Clever Girl Malaysia akan dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan-soalan kuiz pada hari pertandingan. Pada akhir musim Clever Girl ini, peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi akan digelar Clever Girl Pertama Malaysia dan memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000. Lebih menarik lagi,rancangan ini akan diacarakan oleh Alif Satar,yang juga merupakan salah satu pelakon yang membintangi drama slot Akasia terbaru TV3 iaitu Tundukkan Playboy Itu.

Selain daripada menjawab soalan-soalan pada hari pertandingan, para peserta Clever Girl Malaysia hendaklah laksanakan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat. Mereka tidak bersendirian, tetapi para peserta Clever Girl Malaysia akan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat mereka bersama penaja rasmi Clever Girl Malaysia, Lady’s Republic.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif,Classic Worldwide Cooperation (M) Sdn Bhd, Dato’ Sri Dr.Rozaini Hasan, “Classic Worldwide Cooperation (CWC) merealisasikan satu lagi anjakan untuk mencipta sejarah kejayaan perniagaan menerusi pelancaran produk Lady’s Republic merentasi penajaan di Clever Girl yang bersiaran di TV3. Teras kepercayaan CWC sangat tinggi terhadap keupayaan jenama Clever Girl Malaysia secara khasnya dan TV3 secara khususnya untuk meningkatkan reputasi serta keyakinan umum terhadap siri penjagaan wajah Lady’s Republic.”

Xxx

Perak? Kelantan? Sarawak? Kuala Lumpur? Berikan sokongan anda kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Ahad bermula 13 Mac 2016 pada jam 9.00malam di  TV3. Para penonton juga berpeluang untuk mengikuti perkembangan dan persiapan Clever Girl Malaysia dalam Diari Clever Girl Malaysia pada setiap hari Ahad jam 6.00 petang bermula 6 Mac 2016.

Para penonton turut dijemput untuk memeriahkan dunia maya Clever Girl Malaysia dengan penggunaan hashtag #clevergirlmy. Untukmaklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Foto: Megat Firuz

Related Posts with Thumbnails